BISNES
5 CARA MENINGKATKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL
Ramai usahawan yang mula menggunakan platform media sosial untuk menjual produk dan servis mereka. Tapi, ramai yang tak menjaga kualiti content yang di-post.
Ramai yang sekadar membuta-tuli dan asal boleh je bila membuat posting di media sosial. Nak dapatkan followers bukan mudah, tapi ada caranya yang boleh dilakukan untuk meningkatkan engagement anda dengan audiens di media sosial. Teruskan membaca untuk ketahui:
5 Cara Meningkatkan Engagement Di Media Sosial
1. Kemaskini Selalu
Bukan perlu post setiap minit, setiap jam atau setiap hari, tapi jangan lah sampai satu bulan tak buat apa-apa posting. Kalau post setiap jam, nanti audiens anda rasa bosan pula, kan?
Seelok-eloknya post 3-4 posting di media sosial anda dalam seminggu. Anda juga kena belajar menghasilkan content yang bermanfaat dan bagus untuk menarik perhatian pelanggan anda.
2. Kaitkan Dengan Isu Semasa
Cuba anda buat posting yang berkait dengan isu semasa ketika itu. Kaitkan dengan isu yang viral dan trending. Mesti pelanggan anda merasakan lebih dekat dengan anda dan boleh “engage” dengan content di media sosial anda.
3. Stand Out!
Jangan tunggu pelanggan untuk datang kepada anda. Bukan anda seorang sahaja yang menjual sesuatu produk atau servis tersebut. Ingat, followers anda mungkin mengikut ramai lagi page-page yang menjual produk atau servis yang seakan-akan sama dengan apa yang anda lakukan.
Jadi, anda perlu stand out from the rest of competitors untuk menunjukkan yang produk dan servis anda menonjol. Darft untuk susun jadual posting anda di media sosial supaya lebih teratur.
4. Kenal Pasti Pelanggan Anda
Ya, kenal pasti pelanggan yang anda punyai sekarang ini. Dari negeri mana dia berada, umur pelanggan anda dari berapa ke berapa dan pelanggan yang berpotensi akan menjadi pelanggan tetap anda.
Kenal pasti juga waktu bila pelanggan anda akan melawat media sosial anda. Masuk dalam jiwa pelanggan anda dan study cara pelanggan anda berfikir.
5. Interaksi Dengan Pelanggan Anda
Bila bercakap tentang interaksi, bukan sahaja bermaksud anda membuat posting di media sosial dan habis cerita. Tak. Bukan macam tu. Interaksi dengan pelanggan adalah membalas komen dan DM mereka.
Selepas itu cari cara untuk menghargai pelanggan anda sama ada membuat giveaway ataupun potongan harga bagi produk dan servis anda.
Ingat ya, engagement di media sosial sangat penting untuk memajukan bisnes anda. Jangan ambil remeh dengan perkara ini kerana dari media sosial lah ramai potential customer yang anda boleh dapat.
Ingat ya, kemaskini akaun media sosial anda, kemudian buat content yang anda boleh kait dengan isu semasa. Pastikan akaun media sosial anda stand out dari pesaing anda yang lain. Kenal pasti siapa pelanggan anda dan jangan lupa untuk berinteraksi dengan mereka. Selamat maju jaya!
No comments:
Post a Comment