Monday 18 August 2014

SHAKLEE RAWAT KEPUTIHAN

Hati2 Dgn Keputihan Melampau!

Rawat Keputihan dengan Set Keputihan Shaklee

Hari ni nak share, sembang pasal keputihan... lorrr... malu nak sembang? Memanglah malu tapi keputihan ni kan masalah common kaum wanita, tak kira tua muda... kalau tak dicegah atau dirawat dari awal boleh melarat jadi macam2 pulak nanti...

Jom tengok apa itu keputihan dan puncanya... kredit pada Fuh.my, hasil pencarian di Google tadi... :)

Apa Itu Keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.


Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

  1. Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  2. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  3. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  4. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  5. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  6. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
  7. Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni...!  Yerlah ada sesetengah orang lebih selesa rawatan yang jenis makan2 ni.. tak nak yg cuci2 dsb kan... kira alternatif lain lah ni selain cara tradisional...



 Bagaimana suplemen Shaklee ni bertindak?


Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
  • antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
  • menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • menurunkan kolesterol
  • menurunkan darah tinggi
  • detoksifikasi

GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
Image result for LOGO ORDER here