Saturday 4 June 2016

VIVIX: SOALAN-SOALAN POPULAR DARI PELANGGAN TENTANG VIVIX

10 Soalan tentang Vivix yang ramai nak tahu jawapannya!

Assalammualaikum semua pembaca dan peminat Shaklee....

Ramai yang bertanya soalan ni.
Vivix ni apa yer..vitamin ke..jus ke..jus apa yer....apa rasa Vivix ni? Sedap ker...tak sedap ker....Apa kegunaan Vivix? Betul ke Vivix boleh ubati kanser? Harga Vivix berapa? Cara makan Vivix? Betul ke Vivix ni berkesan?..Fuuh..macam-macam soalan ada..

haa..inilah 10 soalan terpilih antara lambakan soalan yang selalu diterima oleh pengedar shaklee pasal Vivix..Entri ni dimuatkan khusus untuk mereka yang belum mengenali Vivix...Saya ceritakan berdasarkan 10 soalan paling famous daripada pelanggan vivix shaklee...jom baca,tammbahkan ilmu.

Soalan 1:
Vivix ni apa yer?

Vivix merupakan supplemen anti penuaan terbaik dunia dalam bentuk sirap merah pekat yang dihasilkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee..
Bagaimana Vivix membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh? 
Vivix membantu dengan cara melindungi  dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan. Vivix juga mempunyai revesratrol. Mengikut kajial klinikal, Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas.

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat yang mengandungi campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ungu.

Para pengedar shaklee suka menggelarnya tonik sirap yang ajaib. Ajaib? Ya..kerana banyak keajaiban yang berlaku pada kebanyakan penggunanya setelah mengamalkannya..

Soalan 2: Apa kegunaan Vivix sebenarnya ?

Soalan 3: Bagaimana rasa Vivix?

Pernah minum Ribena? Haa..rasanya lebih kurang macam tu lah.. Ada rasa masam-masam manis dan sedikit pekat. Bagi yang tak gemarkan ubat tablet atau kapsul, Vivix adalah pilihan yang lebih mudah dimakan.

Pastikan anda mengambil air putih yang cukup iaitu 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda. Pengambilan air yang secukupnya membantu untuk penyerapan dan kesan yang lebih baik.

Soalan 4: Betul ke Vivix Anti-Kanser?

Betul ke berkesan sebagai anti kanser?

Kebanyakan pelanggan saya yang bertanyakan Vivix ialah pesakit kanser. Mereka dah baca entri yang telah saya publish tentang bagaimana Vivix dan Nutriferon membantu pesakit kanser.

Kajian klinikal telah menunjukkan Asid Elagik dan Polifenol Antocianin sangat membantu untuk mengelakkan kanser dan meningkatkan tahap kesihatan pesakit kanser. Kedua-duanya ini terkandung di dalam Vivix.

Soalan 5: Vivix ni sesuai tak untuk ibu hamil?

Vivix tidak boleh diambil oleh ibu hamil kerana kandungannya yang tinggi antioksidan.

Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. 
Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, namun apabila imun meningkat, tubuh ibu juga akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang mungkin perlu disingkir keluar. Ini boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi.

Jika anda ada masalah yang memerlukan anda consume Vivix ketika hamil, mungkin pengedar akan mencadangkan vitamin alternatif yang lebih sesuai untuk anda.
Lihat juga: 

Soalan 6: Bagaimana cara makan Vivix?

Mudah saja.

Tetapi apabila botol dibuka, Vivix perlu disimpan di dalam peti untuk menjaga kualitinya.

MendedahkanVivix kepada suhu yang tinggi berkemungkinan boleh menjejaskan kualitinya. Kebiasaannya, tempoh valid dimakan sebotol Vivix biasanya adalah 8 bulan sahaja dari tarikh pengeluaran.

Cara makan:

Berdasarkan arahan pada botol, pastikan dimakan selepas makan. Sebaiknya selepas sarapan pagi.

  1. Goncang botol Vivix sebelum dibuka.
  2. Tuangkan Vivix sebanyak 1 sudu teh.(Bergantung berapa banyak yang dicadangkan pengedar mengikut masalah dan keperluan anda)
  3. Boleh terus dimakan atau dibancuh dalam air putih.

Soalan 7: Saya dengar harga Vivix mahal. Kenapa mahal sangat?

Harga Vivix sesuai dengan bahan yang terkandung di dalam Vivix tu sendiri..

Antara bahan eksklusif yang terkandung dalam Vivix adalah anggur Muscadine(saiz sebesar bola golf).

Saya pernah dengar rakan bagitau harga sebiji anggur Muscadine ni lebih kurang RM100 sebiji. Hah!! Betul ke??

Hmm..saya pun terkejut mulanya bila dapat tau..

Di Malaysia, anggur tersebut hanya boleh dijumpai di KLCC dan diimport khas. Bayangkan kalau nak hasilkan sebotol Vivix??

Sebab itulah harganya pun agak mahal..

Apapun, khasiatnya amat berbaloi dengan harga yang dibayar.

Harga Vivix??

RM475 sebotol 150ml. Tahan 1-2 bulan penggunaan 1 sudu teh setiap hari.

Mahal sangat??

Ada DUA cara anda boleh dapatkan Vivix dengan harga lebih murah:

  • Daftar ahli sekarang dan anda boleh terus dapatkan Vivix dengan harga ahli dan jimat hingga lebih kurang 20%.
  • Daftar ahli dan beli Vivix semasa Promosi Vivix oleh Shaklee..Sebagai ahli, harga anda jauh lebih istimewa lagi ketika Promosi Vivix berlangsung.

Soalan 8: Boleh ke ambil Vivix semasa sesi kemoterapi?

Kemoterapi adalah rawatan untuk membunuh dan mematikan sel barah...

Manakala Vivix bertindak memperbaharui sel.

Oleh kerana keduanya berfungsi dengan cara berbeza, sebaiknya Vivix tidak diambil semasa tempoh rawatan kemoterapi. Walaubagaimanapun, selepas kemoterapi, dalam waktu anda bebas daripada sesi kemoterapi anda boleh kembali mengambil Vivix untuk membantu memulihkan kesihatan anda.

InsyaaAllah, Vivix juga boleh membantu menghilangkan ketidakselesaan yang dialami selepas rawatan kemoterapi.

Soalan 9: Boleh ke ambil Vivix dengan ubat hospital?

Ya, boleh tetapi bukan serentak atau sekaligus dalam satu masa. Anda perlu jarakkan waktu pengambilan dalam tempoh 2-4 jam.

Boleh berhubung dengan pengedar anda untuk panduan masa yang sesuai untuk ambil jika anda juga sedang dalam rawatan dengan ubat hospital.

Soalan 10: Bagaimana nak order Vivix?

Hanya 3 cara anda boleh dapatkan Vivix:

  • Melalui Branch@Cawangan Shaklee di seluruh Malaysia.
  • Melalui Pengedar Shaklee yang sah. 
  • Dengan order terus melalui Sistem E-Sell Shaklee(menggunakan kad debit/kredit untuk pembayaran.

Saya, Pn. Maslina Junid adalah salah seorang pengedar Shaklee yang sah bagi seluruh Malaysia.
Bagi anda yang berada di sekitar daerah Manjung Perak bolehlah mendapatkan Vivix anda terus daripada saya(jika stok masih ada).

Bagi anda yang berada di luar kawasan, semenanjung atau Sabah/Sarawak akan saya pos Vivix anda menggunakan khidmat Poslaju@Kurier. Yang pastinya..dengan setiap pembelian Vivix, KOS POS adalah PERCUMA!!

* Dengan pembelian sebotol Vivix, anda layak mendapat pos percuma ke seluruh Malaysia.
* Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda layak mendapat POS PERCUMA, KEAHLIAN PERCUMA dan terus mendapat HARGA AHLI yang jauh lebih jimat dan pulangan bonus pada bulan seterusnya.

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi, bolehlah berhubung terus dengan saya,
Pn.Maslina Junid
whatsapp : 0185724609
 
tq: mauceriasokmo

Thursday 2 June 2016

TIPS SUSU IBU MERIAH KETIKA BERPUASA

Tips Khusus Untuk Ibu-ibu Menyusu Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Berpuasa itu Rukun Islam ketiga!

Ramadhan Al Kareem memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bulan ini sangat istimewa kepada umat Islam kerana pelbagai ganjaran pahala boleh kita rebut dan nikmati. Umat Islam akan menjalani ibadat puasa selama sebulan, berterawikh di masjid, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Tapi bagi ibu menyusu pasti berada dalam keadaan dilema. Kenapa perlu ada perasaan tu? Takut susu kurang? Bimbang badan menjadi lemah dan tidak bermaya jika meneruskan penyusuan? Risau tenaga kurang dan melepek sepanjang hari? 

Ibu menyusu jangan bimbang berduka durja kerana amalan penyusuan susu ibu adalah amalan yang mulia. Berpuasa sememangnya lapar dan dahaga. Belum dengar lagi berita ibu menyusu maut di bulan Ramadhan. Entri kali ini saya ingin berkongsi tips khas untuk ibu menyusu di bulan puasa. Jom kita baca!

Makan 3 kali sehari

Ibu menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa, kita perlu makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. 

Makan makanan seimbang

Sewaktu sahur, berbuka dan semasa moreh, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang mengikut saranan piramid makanan

Makan kurma

Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. Kita sangat digalakkan untuk memakan tiga hingaa tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur

Minum air banyak

Jumlah air yang perlu kita ambil setiap hari adalah 3 liter sehari atau lebih. Lebih tepat lagi 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Oleh itu, kita digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Selain air kosong, kita juga boleh ambil jus buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti coklat dan susu segar. Air panas dipercayai dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

Kerap menyusu dan mengepam

Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja dan berpisah sementara dengan bayi, kita perlu mengepam payudara kerana semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak ia dihasilkan. Kebiasaannya susu ibu lebih banyak di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.

Kawalan minda

Sentiasa yakin bahawa kita masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk keperluan anak. 

Set Mighty Triple Gem

Tips Khas Untuk Ibu Menyusu Bulan Puasa

Ibu menyusu boleh mengamalkan set ini ketika berpuasa di bulan ramadhan. Rasa gusar nak berpuasa sebab takut tak tahan lapar dan takut production susu merudum kan? Jangan Risau. ESP, Mealshake & PD boleh membantu kita. InsyaAllah ibadah puasa kita akan berjalan lancar.. 

Berpuasa adalah Rukun Islam ketiga dan fardu ke atas setiap muslim. Jadi bukan alasan kita untuk ponteng berpuasa dengan mudah. Cabaran ibu menyusu amatlah mencabar. Walaubagaimanapun ganjaran pahala yang besar Allah berikan kepada ibu yang menyusu ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu menyusu diluar sana. Ingat! Anak kita hanya minum susu ibu dan bukan susu lembu!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maslina Junid
sms/wasap 0185724609
like www.facebook.com/OrderVitaminOnline
 
source: superbvitamin

Wednesday 1 June 2016

TIPS SUSU IBU MERIAH KETIKA BERPUASA

Ramadhan dan Penyusuan Ibu

Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah stigma yang seringkali kita dengar bahkan seringkali disogokkan oleh kebanyakan orang.

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu- ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan peri pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.
Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi.
Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa, jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba- hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.
Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

Ditulis oleh Norkumala binti Awang. Posted in Artikel