Friday 13 September 2019

TIPS UNTUK JADI POSITIF

BAGAIMANA UNTUK SENTIASA POSITIF APABILA KEHIDUPAN STARTUP BUATKAN ANDA HILANG SEMANGAT

Sentiasa positif. Untuk permulaan, admin ingin sejukan hati anda dengan memberitahu bahawa,
“You are not alone”.
Sejuk tak? Haha
Okay kembali serius. Memang kehidupan startup ataupun menjadi seorang usahawan ini boleh menjadi paling seronok dan kadang kala ia mampu membuatkan kita seperti ingin bunuh diri!
Tapi disebalik kesemua kejadian yang berlaku ini, mahu ataupun tidak. Tiada maruah yang lebih besar untuk diteruskan selain untuk terus pandang hadapan dan lalui kesemua ini sehingga berjaya!
“Ya! Itu semangat yang kita mahukan!”
Post kali ini, admin nak kongsi kepad anda yang membaca ini bagaimana ingin kekal positif ketika anda sedang tidak bersemangat ataupun rasa putus asa :

1. Dunia Ini Tempat Untuk Kita Belajar

Apa yang admin kongsi ini, bukanlah admin mahu mengajar. Tetapi lebih kepada kita bersama-sama memotivasikan diri kita semua.
Kehidupan di dunia ini memang tempat kita belajar sesuatu yang lebih besar. Jika anda rasa hidup anda ditekan-tekan , ditimpa batu yang besar, sentiasa “BARE IN YOUR MIND”, ini adalah pentas untuk kita semua belajar.
Belajar apa? Perkara itu hanya anda sahaja yang tahu.
Ini adalah cara kehidupan berfungsi. Hadapinya dengan kecekalan yang tinggi. Duduk bersama orang yang anda rasa mampu memberi dorongan dan motivasi kepada diri anda.
Kerana disetiap guruh dan hujan lebat yang hadir, ada pelangi yang cantik menanti anda dihadapan.

2. Anda Boleh Tukar Perspektif

Di setiap peristiwa yang berlaku, anda boleh lihat perkara tersebut dengan perspektif yang berbesar. Ia terpulang kepada anda sebenarnya bagaimana anda melihat kehidupan yang terjadi di sekitar anda.
Contohnya, bisnes pertama yang anda buat tidak berjaya..
Jika anda pandang ianya sebagai satu kegagalan, maka gagal la. Tapi jika anda pandang benda itu sebagai satu pembelajaran. Ia akan menjadi pengalaman yang lebih bernilai.
Banyak benda anda boleh belajar darinya. Mungkin dari segi pengurusan, pemasaran atau teknik yang anda lakukan tidak berapa tepat. Disitu keberangkalian anda kekurangan ilmu. Maka perlu belajar dan belajar.
Seterusnya jika anda buat plan tindakan kedua, ia akan lebih berkesan! Selalu ingat bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya.
Senang cakap kan? Memang senang. Tapi itu yang kita semua kena hadam bersama.

3. Bangun Dan Ambil Angin Luar

Jika anda rasa seperti tidak bersemangat, bangun dan keluar dari tempat anda berada. Pejabat atau rumah anda sekarang.
Pergi jogging, panjat gunung, layan air terjun atau bersiar-siar di taman untuk beri masa kepada diri anda sendiri. Kadang kala yang menyebabkan kita terlalu penat adalah..
Kita tidak mempunyai masa untuk diri kita sendiri.
Selain daripada berikan masa untuk diri, apabila kita keluar contohnya pergi panjat gunung. Anda akan lihat alam semula jadi ini banyak perkara yang indah untuk kita lihat.
Disini minda anda akan lebih terbuka dan ia mampu untuk mengubah cara anda berfikir nanti. Alam semula jadi ini mempunyai aura positifnya yang tersendiri. Tidak rugi untuk anda cas kembali diri anda dengan menikmati keindahan alam.

4. Ambil Risiko

Kata orang-orang moden sekarang. YOLO (You Only Live Once).
Kadang kala kita mental kerana terhenti di sesuatu tempat. Seperti ada batu yang menghalang. Kenapa berhenti?
Jangan takut untuk ambil risiko. Buatkan apa yang anda inginkan selama ini menjadi sebuah kenyataan. Kebanyakkan kita berhenti di sesuatu tempat kerana kita takut untuk ambil risiko.
Buang ketakutan untuk menerima cabaran itu ketepi. Selagi mana anda takut. Akhir sekali hanya anda yang kisah mengenai diri anda berbanding orang lain.
Anda kena fikir, walaupun anda telah ambil risiko tetapi ia tidak berjaya. Jangan rasa menyesal. Sekurang kurangnya anda sudah laluinya. Itulah kepuasan yang paling mahal sekali.
Perlu ke berhenti? Jangan. Cuba lagi dan lagi sampai JADI !
5. Jangan Terlalu Keras Dengan Diri Sendiri
Ya, jangan terlalu keras. Anda perlu berhenti seketika dan berikan kredit kepada diri anda sendiri dan mengatakan, “Tahniah, Aku dah pergi sejauh ini!”
Setiap orang adalah unik. Kita semua jalani kehidupan ini dengan jalan yang berbeza. Berbanggalah dengan diri sendiri kerana anda telah laluinya sehingga harini.
Ia mampu meningkatkan motivasi diri anda. Dengan melihat apa yang telah anda buat sebelum ini. Sebenarnya ia adalah sesuatu perkara yang besar walaupun ia tidak mendatangkan keuntungan sekalipun.
Sentiasa ingat, ini adalah perjalanan wajib untuk setiap startup lalui dan semuanya akan menjadi lebih baik dengan masa.
Its always take time bro. Don’t give up!

CARA TAMBAH ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

BISNES

5 CARA MENINGKATKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

Ramai usahawan yang mula menggunakan platform media sosial untuk menjual produk dan servis mereka. Tapi, ramai yang tak menjaga kualiti content yang di-post.
Ramai yang sekadar membuta-tuli dan asal boleh je bila membuat posting di media sosial. Nak dapatkan followers bukan mudah, tapi ada caranya yang boleh dilakukan untuk meningkatkan engagement anda dengan audiens di media sosial. Teruskan membaca untuk ketahui:

5 Cara Meningkatkan Engagement Di Media Sosial

1. Kemaskini Selalu 

Bukan perlu post setiap minit, setiap jam atau setiap hari, tapi jangan lah sampai satu bulan tak buat apa-apa posting. Kalau post setiap jam, nanti audiens anda rasa bosan pula, kan?
Seelok-eloknya post 3-4 posting di media sosial anda dalam seminggu. Anda juga kena belajar menghasilkan content yang bermanfaat dan bagus untuk menarik perhatian pelanggan anda.

2. Kaitkan Dengan Isu Semasa

Cuba anda buat posting yang berkait dengan isu semasa ketika itu. Kaitkan dengan isu yang viral dan trending. Mesti pelanggan anda merasakan lebih dekat dengan anda dan boleh “engage” dengan content di media sosial anda.

3. Stand Out!

Jangan tunggu pelanggan untuk datang kepada anda. Bukan anda seorang sahaja yang menjual sesuatu produk atau servis tersebut. Ingat, followers anda mungkin mengikut ramai lagi page-page yang menjual produk atau servis yang seakan-akan sama dengan apa yang anda lakukan.
Jadi, anda perlu stand out from the rest of competitors untuk menunjukkan yang produk dan servis anda menonjol. Darft untuk susun  jadual posting anda di media sosial supaya lebih teratur.

4. Kenal Pasti Pelanggan Anda

Ya, kenal pasti pelanggan yang anda punyai sekarang ini. Dari negeri mana dia berada, umur pelanggan anda dari berapa ke berapa dan pelanggan yang berpotensi akan menjadi pelanggan tetap anda.
Kenal pasti juga waktu bila pelanggan anda akan melawat media sosial anda. Masuk dalam jiwa pelanggan anda dan study cara pelanggan anda berfikir.

5. Interaksi Dengan Pelanggan Anda

Bila bercakap tentang interaksi, bukan sahaja bermaksud anda membuat posting di media sosial dan habis cerita. Tak. Bukan macam tu. Interaksi dengan pelanggan adalah membalas komen dan DM mereka.
Selepas itu cari cara untuk menghargai pelanggan anda sama ada membuat giveaway ataupun potongan harga bagi produk dan servis anda.
Ingat ya, engagement di media sosial sangat penting untuk memajukan bisnes anda. Jangan ambil remeh dengan perkara ini kerana dari media sosial lah ramai potential customer yang anda boleh dapat.
Ingat ya, kemaskini akaun media sosial anda, kemudian buat content yang anda boleh kait dengan isu semasa. Pastikan akaun media sosial anda stand out dari pesaing anda yang lain. Kenal pasti siapa pelanggan anda dan jangan lupa untuk berinteraksi dengan mereka. Selamat maju jaya!

CARA TAMBAH INCOME


10 CARA MUDAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENJANA PENDAPATAN DI UNIVERSITI

menjana-pendapatan-di-universitipng
Kehidupan sebagai pelajar universiti amatlah berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekolah. Ini kerana, kita sedang mengalami fasa peralihan persekitaran.
Keperluan dan kehendak semakin memuncak, namun kekangan hidup sebagai pelajar menyebabkan
ada yang terpaksa menolak kesemua kehendak ini ke tepi dahulu malah ada yang sehingga
melupakan cita-cita dalam pelajaran kerana terpaksa dan tidak mampu. 
Bukan kerana sikap boros, tetapi kadangkala keperluan melebihi kemampuan kita pada sesuatu masa. Ada masa, wang saku yang dari ibu bapa mungkin tidak mencukupi dan kita pun segan nak meminta.
Wang pinjaman PTPN atau biasiswa pula awal-awal lagi sudah lari bajet. Jika dikira dengan yuran pengajian,
duit buku, kos sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya, mungkin baki wang yang tinggal
hanya cukup-cukup makan.
Sampai bila kita mahu ikat perut sehingga menjejaskan prestasi di universiti? Jadi, salah satu cara
untuk menambah pendapatan adalah dengan membuat bisnes! Tetapi, kenapa bisnes? Kenapa bukan
kerja ‘part-time’? Apa bisnes yang sesuai untuk pelajar universiti? Bagaimana dan apa faedahnya?

Bisnes vs Kerja Part-Time

BisnesPart-Time
 Fleksibel, modal mengikut kemampuan dan kelapangan masa andaPerlukan komitmen masa dan kos tambahan seperti pengangkutan
Boleh multi-tasking sambil bisnesPerlu fokus dan ada kala amatlah meletihkan
Risiko kemalangan rendah, cuma persekitaran/berdekatan universitiRisiko kemalangan ketika ‘travel’ dan di tempat kerja


Kebaikan membuat bisnes di universiti :

  • Menambah ‘side-income’ dan menampung kehidupan di universiti
  • Menambah kenalan baru dan ‘create networking’
  • Menambahbaik skill ‘time management’ dan kemahiran berkomunikasi
  • Pelbagai pendedahan (luar bidang) dan pengalaman berkualiti
  • Insentif dari universiti dan kerajaan bagi pelajar yang mengusahakan bisnes

Apa contoh bisnes yg seorang pelajar universiti boleh usahakan?

1)Perkhidmatan

Tidak perlu modal berasingan, sekadar guna apa yang kita sudah miliki

a) Servis Printing

Modal one-shot anda cuma printer dan modal ulangan untuk ink cartridge dan kertas. Anda boleh usahakan servis mencetak nota, past-year question, slide mahupun mencetak assignment. Anda boleh juga kenalkan servis mencetak sekali delivery, pasti lebih efisien bagi pelajar.
Jangan lupa untuk promote bisnes anda di sekitar kolej kediaman mahupun laman sosial universiti jika ada.
Jika anda mahu, boleh sediakan khidmat mencetak hingga lewat malam mahupun 24 jam
kerana pelajar amat gemar habiskan tugasan last-minute! (oops sorry :p)

b) Kereta Sewa/Khidmat Penghantaran

Anda boleh sewakan kereta/motosikal anda kepada yang memerlukan pada kadar yang berpatutan. Wang yang anda dapat, boleh lah tamping kos ansuran bulanan, kos penyelenggaraan mahupun simpanan.
Jika anda jenis sayangkan kereta, boleh usahakan khidmat penghantaran ke mall, stesen bas,
keretapi mahupun airport pada harga lebih murah dari teksi. Anda boleh dapat regular customer,
mana tahu jodoh pun lekat!

c) Servis/Repair PC

Sudah menjadi lumrah pelajar akan menghadapi masalah remeh berkaitan computer, apatah lagi yang
tidak tahu apa apa. Jika anda mahir dalam bidang computer, jadikan ini sebagai side income anda!
Anda pasti familiar dengan khidmat servis/repair pc di sekitar kampus bukan? Tawarkan harga menarik,
jika mampu selitkan sekali servis delivery!

d) Fotografi/Designer/Emcee

Di universiti, pasti meriah dengan aktiviti penganjuran pelajar dan universiti bukan? Gunakan kesempatan
ini untuk mengisi poket anda. Tawarkan perkhidmatan fotografi, edit banner dan poster,
ataupun jika anda seorang yg havoc, tawarkan diri menjadi emcee. Mana tahu, ada rezeki untuk
kembangkan bakat dan jadi famous?

e) Tutor/Tuisyen

Jika anda mahir dalam subjek dan mendapat keputusan cemerlang, kenapa tidak jadikan ia sebagai income?
Anda boleh sediakan khidmat tutor atau tuisyen kepada pelajar sekolah mahupun rakan universiti.
Sambil mengajar, anda juga mendapat peluang untuk mantapkan skill komunikasi dan berkongsi teknik belajar yang berkesan. Never do something you’re good at for free okay? :p

f) Skim Khidmat Pelajar

Anda juga boleh mendaftar bagi skim khidmat pelajar dan bertugas dalam apa apa acara universiti. Anda bukan sahaja mampu mendapatkan elaun, malah makanan, pakaian serta barangan berkaitan turut disertakan!
Anda juga berpeluang mendapat sijil/surat penghargaan dari unversiti sebagai ‘selling point’
dan memperoleh ilmu dan pengalaman berharga.

2) Jualan/Online Trade

Jual beli yang memerlukan perhatian dan komitmen anda.
a) Makanan/Air/Snek
Jika anda sanggup usaha lebih, anda boleh menjual snek atau ‘jajan’ di sekitar kolej, bilik kuliah mahupun di
aktiviti-aktiviti anjuran persatuan/kelab pelajar! Ada yang sekadar letak di tangga dan ada bekas
untuk masukkan duit, ada yang menyewa tapak booth atas tiket persatuan pelajar. Apa pun, pastikan ianya
tidak memudaratkan kesihatan pelajar!
b) Kraftangan/Seni
Jika anda memiliki bakat seni, jadikan ia sebagai income anda! Kebanyakan aktiviti anjuran pelajar memerlukan souvenir/doorgift yang lawa dan berpatutan! Jangan pandang pada untung, tetapi kuantiti dahulu. Ada rezeki, mungkin khidmat anda diperlukan oleh seluruh persatuan di kampus? Takut anda yang tak menang tangan pula hehe
c) Online Dropship
Mungkin anda sedar sekarang sudah menjadi trend untuk menjadi pengedar dropship. Cuba lah, anda bukan saja mampu mendapat income malahan manfaat dari dealer anda juga! Kebanyakan pelajar kekurangan masa untuk keluar dan mencari barang yang tranding, jadi ambil kesempatan ini. Approach them first, make a sale and earn!
d) Topup
Mustahil pelajar universiti tidak mempunyai handphone. Jual lah topup terutamanya di koperasi mahupun di kolej kediaman. Mesti laku, terutamanya pelajar yang segan/tak berkesempatan untuk keluar ataupun yang urgent kerana sedang mengendalikan aktiviti.

Kesimpulan

Haaa, kami dah kongsikan 10 cara bisnes mudah untuk pelajar universiti. Banyak lagi peluang menjana pendapatan, terpulang kepada anda. Be creative, be productive dan jangan malu. Sentiasa cari pengalaman, dan anda akan lebih memahami dunia bisnes dengan lebih mudah dan praktikal.
Mana tahu dari sekadar mencari income, menjadi minat dan kerjaya? Boleh sediakan peluang pekerjaan pula untuk anak-anak muda. Apa pun, sentiasa jadikan pelajaran sebagai keutamaan dan jangan terlalu asyik mengejar income sehingga mengabaikan akademik! Goodluck!
P/s : mulai 1 Januari 2017, anda boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma di bawah program Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM! Untuk mengetahui lebih lanjut syarat dan cara mendaftar, sila layari web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau klik link ini : Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Bahaya Serangan Jantung

Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda beri perhatian 4 perkara ini!


Penyakit jantung bukan lagi sinonim menyerang golongan tua sebaliknya semakin ramai belia yang terkena penyakit berbahaya itu.
HARI ini serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang tua. Sebaliknya ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila individu baharu berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.
Malah di Malaysia sendiri penyakit itu kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat negara ini bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017.

Situasi itu semakin membimbangkan apabila ramai individu berusia bawah 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut pakar jantung, Dr. Ron Blankstein terdapat beberapa faktor yang menyebabkan meningkatnya angka tersebut dalam kalangan belia.


1. Obesiti
Pola pemakanan tidak sihat serta kurang aktiviti riadah adalah antara punca obesiti sehingga menyebabkan jantung tidak dapat menampung 'beban' sehingga memerlukan ia bekerja lebih kuat.
Lemak yang bekumpul di sekitar perut juga akan melepaskan zat-zat kimia yang menjadi penyebab radang dan membentuk plak di sekitar arteri sehingga menyebabkan darah tersumbat... Akibatnya? Serangan jantung!


2. Merokok di usia muda
Menerusi kajian perokok dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun semakin meningkat dan sebatang rokok sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan risiko sebanyak 50 peratus seseorang terkena serangan jantung.
Lebih parah ramai menyangka berhenti merokok dan menggantikan dengan rokok elektronik mampu mengurangkan risiko itu namun hal sebaliknya berlaku.


3. Tekanan di usia muda
Tidak dinafikan di zaman teknologi hari ini ramai golongan muda terpaksa hidup dalam tekanan dan menurut kajian, kelompok yang berusia di antara 22 hingga 39 tahun paling tinggi mengalami tekanan.
Tekanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan radang kepada pembuluh darah ke jantung yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah pemubuluh darah tersumbat.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah darah tinggi.
4. Abai gejala dan risiko penyakit jantung
Gejala penyakit jantung sebenarnya mudah dikesan tetapi ramai mengabaikan amaran tersebut. Kebiasaannya petanda jantung anda bermasalah apabila mengalami mual dan sakit kepala berterusan, berpeluh dan tekanan pada bahagian dada.
Individu yang mengalami masalah penyakit darah tinggi, diabetes, perokok, sering mengalami tekanan harus berwaspada dengan gejala ini kerana ia mungkin boleh menyelamatkan anda.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
CARA ODER SHAKLEE:
CUMA KLIK NO. INI: 0124351304

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI



Set Vitamin Shaklee Bagi Pesakit Tibi Kembali Ceria dan Sihat



Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan setiap tahun kira-kira satu pertiga penduduk dunia dijangkiti tibi dan daripada jumlah itu lebih sembilan juta orang jatuh sakit. Malah setiap tahun hampir dua juta kematian berkaitan tibi dilaporkan di seluruh dunia dan tibi menjadi pembunuh utama di kalangan individu yang dijangkiti virus HIV.




Tibi tidak popular kerana dianggap sebagai penyakit kuno tetapi ia masih menjadi ancaman kerana tanpa rawatan, seseorang yang jatuh sakit akibat jangkitan tibi boleh meninggal dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mengalami beban tibi sederhana dan ini bermakna ada banyak tindakan yang perlu diambil untuk menangani penyakit ini.









Tibi Mudah Berjangkit Hanya Melalui Udara

Siapa berisiko mendapat jangkitan tibi?

Semua orang, terutama golongan tua (65 tahun ke atas) dan kanak-kanak di bawah lima tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak, bergantung kepada daya ketahanan badan seseorang. Di negara kita, hampir 65 peratus pesakit tibi berumur dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun.



Bagaimana bakteria penyebab tibi merebak?

Ia merebak melalui udara apabila titisan cecair mulut atau hidung individu yang dijangkiti terpercik ke udara - sama ada ketika bercakap, batuk, bersin, ketawa atau menyanyi. Apabila bakteria ini masuk ke dalam badan seseorang, ia akan menyerang paru-paru. TB berpunca dari sejenis kuman TB (Tubercle Bacili) yang boleh menjangkiti paru-paru, tulang, buah pinggang, kelenjar, kulit dan selaput otak.









Perbezaan X Ray Orang Normal dengan Pesakit TB



Tanda dan Gejala Penyakit TB



Batuk berterusan sehingga 2 minggu.
Kahak mengandungi darah.
Menggigil
Demam berpeluh waktu petang dan malam
Susut berat badan
Hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk/tarik nafas
Lemah dan keletihan



Bagaimana anda boleh mencegah jangkitan tibi?

Jika anda dijangkiti, perkara yang paling penting ialah menghabiskan ubat seperti diarahkan doktor. Malah anda juga perlu memenuhi temu janji susulan dengan doktor walaupun anda rasa sudah sihat. Selain itu ada beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan:




a. Sentiasa tutup mulut dengan kertas tisu apabila batuk, bersin atau ketawa. Simpan kertas tisu itu dalam beg plastik sebelum dibuang.




b. Sepanjang tempoh cuti sakit, berehatlah di rumah. Jangan keluar bersiar-siar terutama ke tempat yang ramai orang.




c. Asingkan diri daripada ahli keluarga lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.




d. Buka tingkap bilik supaya udara bersih dapat masuk. Lebih baik jika cahaya matahari dapat masuk ke bilik anda. Pancaran cahaya matahari boleh membantu membunuh bakteria tibi.




e.Mengamalkan suplimen atau vitamin Shakleeuntuk meningkatkan antibodi pesakit tibi dan membantu mempercepatkan proses pesakit tibi bebas daripada tibi.



TIBI dan VITAMIN SHAKLEE


SET OPTIMUM VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI


Vitamin Shaklee akan membantu pesakit tibi untuk menguatkan sistem imunisasi badan unuk melawan kuman tibi dan melindungi sel daripada rosak. Seperi yang saya bagitahu di awal entry, mereka yang diserang tibi ini kerana antibodi yang lemah menyebabkan sel tibi menjadi aktiv.








1.Vivix

Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan.
Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita,



2.Nutriferon

Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.
Juga mampu mengurangkan atau mengelakkan simptom elergik




3.Garlic
Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru.
Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi



4. Omega Guard
Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.




5.Vitamin C
Memperkukuhkan respon imun dengan cara membantu sel darah putih menentang infeksi bakteria, kuman dan radikal bebas.



Jangan biarkan kuman tibi terus merebak, dan berjangkit dengan orang sekeliling anda yang anda sayang. Hargai kesihatan yang Allah hadiahkan untuk kita semua. Laburkan sikit wang untuk kesihatan anda dan kegembiraan orang yang anda sayang. Ingat...penyakit tibi sangat mudah berjangkit..hanya melalui udara sahaja.



Tuan puan boleh membuat pembelian dengan dua cara,iaitu :




1. Membuat pembelian dengan sendiri menggunakan debit atau kredit kad, dengan klik gambar esell di bawah. Selepas membuat pembelian,saya akan hubungi tuan puan untuk menerangkan cara makan vitamin dengan betul.








2.Atau,tuan puan boleh hubungi saya untuk lebih lanjut. 0124351304


Segeralah bertindak untuk merawat Tibi supaya ahli keluarga anda tidak dijangkiti kuman Tibi dari badan anda.Sayangi diri anda dan juga keluarga anda.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-


Telefon : 0124351304
NAMA SAYA: PN.MASLINA JUNID
ID No :1066878

AWAS BAHAYA JEREBU KEPADA KITA

Jangan ambil mudah bahaya jerebu, ikuti 10 tip ini elak masalah kesihatan


Kualiti udara yang teruk boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia.
SEJAK awal minggu ini keadaan jerebu di negara ini agak membimbangkan, malah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi Rabu.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 133, Klang (121), Banting (120), Johan Setia, Klang (158), Petaling Jaya (135) dan Kuala Selangor (106).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Keadaan ini dijangka mungkin berterusan memandangkan masih terdapat bilangan titik panas (hotspot) di Indonesia seperti dipaparkan di laman web Asean Specialised Meterorological Centre (ASMC).
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan termasuk;
1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Oleh itu selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar, dan
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
info: Kementerian Kesihatan Malaysia