Friday, 13 September 2019

Bahaya Serangan Jantung

Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda beri perhatian 4 perkara ini!


Penyakit jantung bukan lagi sinonim menyerang golongan tua sebaliknya semakin ramai belia yang terkena penyakit berbahaya itu.
HARI ini serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang tua. Sebaliknya ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila individu baharu berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.
Malah di Malaysia sendiri penyakit itu kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat negara ini bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017.

Situasi itu semakin membimbangkan apabila ramai individu berusia bawah 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut pakar jantung, Dr. Ron Blankstein terdapat beberapa faktor yang menyebabkan meningkatnya angka tersebut dalam kalangan belia.


1. Obesiti
Pola pemakanan tidak sihat serta kurang aktiviti riadah adalah antara punca obesiti sehingga menyebabkan jantung tidak dapat menampung 'beban' sehingga memerlukan ia bekerja lebih kuat.
Lemak yang bekumpul di sekitar perut juga akan melepaskan zat-zat kimia yang menjadi penyebab radang dan membentuk plak di sekitar arteri sehingga menyebabkan darah tersumbat... Akibatnya? Serangan jantung!


2. Merokok di usia muda
Menerusi kajian perokok dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun semakin meningkat dan sebatang rokok sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan risiko sebanyak 50 peratus seseorang terkena serangan jantung.
Lebih parah ramai menyangka berhenti merokok dan menggantikan dengan rokok elektronik mampu mengurangkan risiko itu namun hal sebaliknya berlaku.


3. Tekanan di usia muda
Tidak dinafikan di zaman teknologi hari ini ramai golongan muda terpaksa hidup dalam tekanan dan menurut kajian, kelompok yang berusia di antara 22 hingga 39 tahun paling tinggi mengalami tekanan.
Tekanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan radang kepada pembuluh darah ke jantung yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah pemubuluh darah tersumbat.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah darah tinggi.
4. Abai gejala dan risiko penyakit jantung
Gejala penyakit jantung sebenarnya mudah dikesan tetapi ramai mengabaikan amaran tersebut. Kebiasaannya petanda jantung anda bermasalah apabila mengalami mual dan sakit kepala berterusan, berpeluh dan tekanan pada bahagian dada.
Individu yang mengalami masalah penyakit darah tinggi, diabetes, perokok, sering mengalami tekanan harus berwaspada dengan gejala ini kerana ia mungkin boleh menyelamatkan anda.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
CARA ODER SHAKLEE:
CUMA KLIK NO. INI: 0124351304

No comments:

Post a Comment