Sunday 30 October 2016

Persediaan Ibu Hamil Sebelum Bersalin


Tips Persediaan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum,

Sepanjang tempoh mengandung, ibu2 yang hamil pasti berdebar2.Tambahan pula hamil anak sulung. Tak ada pengalaman lagi. Oleh itu, semua wanita yang bakal bergelar ibu,mesti bersedia dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya proses bersalin berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, bakal bapa termasuk kaum keluarga pun mesti bersedia ye , supaya tidak terkejut atau kelam kabut nanti.

Sebagai ibu hamil anak sulung, sudah pasti banyak perkara yang anda tidak ketahui. Lantaran anda langsung tiada pengalaman dalam melalui situasi untuk bersalin. Mungkin sebelum ini anda pernah menemani ahli keluarga bersalin, tapi sudah pasti anda tidak tahu apa yang berlaku sepanjang kehamilan ahli keluarga anda. Tahu-tahu je, bayi dah selamat di lahirkan. Betul tak? 

Jadi, dalam entry ni, saya  ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk bersalin nanti.


Selepas kandungan mencecah 9 bulan, sudah pasti anda semakin berdebar-debar…tidak sabar rasanya nak melihat wajah si kecil.. sihat kah dia.. adakah wajahnya ikut wajah ibu atau wajah ayah…

Bagi yang sengaja memberi kejutan untuk jantina bayi mereka, pasti lebih berdebar-debar… yelah kan… sebab jantina anak belum di ketahui, sengaja dibiarkan untuk kejutan pada diri sendiri.. Namun, persediaan untuk bersalin, pasti sudah di rangka-rangka.. Manalah tahu, tiba-tiba bersalin lebih awal daripada EDD…hehhee..

Waktu bersalin adalah sukar untuk dijangka.. sedangkan pengalaman fatim sendiri, bayi fatim nampaknya lebih suka duduk lama dalam perut…hahaaa.. dua-dua lahir selepas 40 minggu 1 hari… tapi, ada yang bertuah, bila bersalin 2 minggu lebih awal daripada EDD.. sekurang-kurangnya debaran itu cepat hilang… macam fatim, asyik tanya kat baby, bilalah dia nak keluar, sebab umminya takut kena induce atau caesar..hahaaa.
.
Sebelum fatim berceloteh terlalu panjang, fatim nak kongsikan beberapa tips persediaan untuk ibu-ibu yang hamil anak pertama kat luar sana tu. Bagi yang mengandung anak kedua, mungkin dah dapat agak apa yang perlu disediakan. 

Image result for deliver baby
Sebelum bersalin, ibu mesti bersedia fizikal dan mental


Tips sebelum bersalin
Persiapan sangat penting sebelum bersalin

 

 

 

 

 

 

 

 1. Buat belanjawan

Image result for gambar hospital bersalin
CONTOH KOS BERSALIN (SWASTA)
  •   Anda perlu peruntukkan wang untuk bersalin secara pembedahan walaupun anda dah plan nak bersalin normal.
  • Ini penting untuk dilakukan, kerana risiko anda terpaksa bersalin secara pembedahan, jika ada komplikasi bersalin nanti. Dan ini sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang lebih sikit.
  • Jadi, kumpul duit dan amalkan berjimat cermat supaya kewangan cukup untuk kos bersalin  nanti.

2. Pilih hospital/klinik bersalin sesuai

Image result for hospital bersalin manjung
Hospital Manjung, pilihan yang baik

  • Hospital bersalin yang dipilih mestilah sesuai dengan semua keadaan supaya dapat memudahkan anda untuk menuju ke sana, apabila tanda-tanda bersalin sudah kelihatan
  • Pilih hospital yang berdekatan dengan rumah anda, kerana jika berlaku sebarang komplikasi, anda boleh sampai ke sana dengan segera.
  • Nak hospital kerajaan atau swasta tu terpulang kepada kemampuan masing-masing ye.

3. Kemudahan hospital yang lengkap

Image result for gambar hospital bersalin
Wad bersalin yang lengkap

  • Pastikan kemudahan hospital lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak.
  • Tanya pengalaman orang lain lebih mudah.
  • kemudahan yang perlu diberi perhatian ialah, wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan
  • anda juga perlu tahu, jika hospital tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas sewaktu bersalin
  • Sangat penting untuk memilih hospital yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

4. Kelas antenatal dan postnatal

Image result for kelas antenatal
Penuhkan dada dengan ilmu

 

  • Ini adalah kelas yang akan memberi pendidikan kepada anda tentang
  •  perihal bersalin dan lain-lain. Ajak suami anda bersama untuk mendapat lebih banyak ilmu.
  • Antara topik yang diajar, biasanya pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, pilihan penggunaan ubat tahan sakit, demonstrasi penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas melahirkan, penyusuan susu ibu dan banyak lagi
  • Sebaik-baiknya, pilih kelas antenatal di hospital yang anda rancang untuk bersalin, kerana anda dapat mengenali doktor pakar perbidanan dan sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar bius,  jururawat dan lain-lain lagi.

5. Penyusuan susu ibu

Image result for ilmu penyusuan

  • Buat persediaan sejak dari awal kehamilan lagi, seandainya anda berazam menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi lahir nanti.
  • cari secukupnya maklumat yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu seperti teknik penyusuan yang betul,kebaikan susu ibu,pemakanan untuk susu berkualiti, dan lain-lain.
  • sebaik saja bersalin, penting bagi anda melakukan sentuhan kulit dengan bayi anda dan biarkannya mencari puting untuk menyusu untuk merangsang pengeluaran susu.Sememangnya bayi mempunyai naluri hisapan yangsemulajadi.
  • Menyusukan bayi dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum iaitu susu pekat yang sangat berkhasiat kerana menguatkan  imunisasi badan kepada bayi.
  • Malahan, ia juga membantu merangsang proses penghasilan susu ibu secara berterusan

6. Kehamilan berisiko caesarean

Pembedahan-Bersalin
  • terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda bersalin secara caesarean
  • contohnya, proses kelahiran terbantut setelah tiada kemajuan pembesaran saiz serviks biarpun dibantu dengan ubat penguat kontraksi, janin mengalami masalah antaranya bekalan oksigen tergendala, tali pusat terhimpit sehingga mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun, saiz badan bayi terlalu besar jika dibandingkan dengan tulang pinggul anda, kedudukan bayi songsang, serta terdapat jangkitan pada anda seperti herpes genitalia yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran

7. Selusuh

 Image result for gambar bersalin pakai tudung

  • Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu kepada Allah swt agar anda diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran 
  • Ayat-ayat dan doa-doa terpilih berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma
  • Sebaik-baiknya, air selusuh yang disediakan oleh suami
  • Ingin mengetahui cara penyediaan air selusuh, boleh baca di sini.

8. Kelengkapan ibu

  • Semakin dekat tarikh bersalin, sepatutnya anda sudah siap menyediakan barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital
    Image result for kelengkapan ibu bersalin
    Pakaian ibu dan anak dah ready dalam beg

     

     

     

     

     

     

     

     

    Keperluan Ibu Di Wad

  • Tuala – sehelai
  • Kain batik – 2-3 helai
  • Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
  • Toiletries –  berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
  • Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
  • Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
  • Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
  • Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
  • Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
  • Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
  • Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
  • Stoking tebal – 1-2 pasang
  • Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.
  • Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
  • Set Berpantang Shaklee – boleh dimakan terus selepas kelahiran bayi. Sangat penting ambil Ostematrix bagi mengelakkan sembelit lepas bersalin serta elakkan sakit, kebas dan lenguh-lenguh badan, Omega bagi mengecutkan segera bengkak dalaman. 
  • Paling penting, adalah kad pengenalan anda.

9. Kelengkapan bayi

 Image result for persediaan bersalin

Keperluan Bayi Di Wad
  1. Baju lengan panjang – 1 helai
  2. Baju lengan pendek – 3 helai
  3. Tuala – 1 helai
  4. Lampin – 5 helai
  5. Diaper/Nappy – 10 keping
  6. Kain bedung – 1-2 helai
  7. Mitten & booties – 3 pasang
  8. Topi bayi – 1 helai
  9. Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek

10. Vitamin Supplemen dalam pantang

Image result for set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee











SET BERPANTANG SHAKLEE (VITALEA, OSTIMETRIC, ALFALFA, ESP, B COMPLEX DAN VITA C)

a.Vitalea


Vitalea merupakan multivitamin bagi setiap wanita kerana ia mempunyai 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Tablet Vitalea juga disaluti dengan ektrak spirulina dan dihasilkan dengan teknologi eksplosif yang disebut sebagai ‘Explo-tab’ dimana ia juga merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di duni dan larut di dalam air dan pantas menyerap.

Vitalea berfungsi sebagai penambah darah/ pengganti darah yang banyak hilang semasa bersalin kerana ia diformulasikan bersama zat besi. Zat besi sangat penting untuk kita dan jika kekurangan zat besi akan menyebabkan badan tidak bermaya, tekanan darah rendah, emosi tidak stabil, kurang focus dan lain-lain.

b.Bcomplex

Bcomplex berfungsi sebagai penenang dan dapat melawan tekanan perasaan/meroyan. Ia juga mengandungi asid folic semulajadi yang mempunyai kadar serapan yang sangat tinggi dan kebanyakkan asid folic yang berada di pasaran adalah sintetic. Selain itu Bcomplex membantu menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Ia juga boleh menukar makanan kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan/kelesuan. Dengan gabungan Vitalea dan Bcomplex akan mempercepatkan kesan penyembuhan.

c.VitaC

VitaC dapat meningkatkan antibodi dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak semasa bersalin. Selain itu ia juga meransang pembentukan kolagen dan memberi seri kepada ibu yang sedang berpantang.

d.Zinc Complex

Zinc Complex berfungsi sebagai penyembuh luka dan membantu dan pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ. Selain itu, Zinc Compleks juga membantu dalam masalah keguguran rambut bagi wanita yang habis berpantang.

Add On: Energizing Soy protein (ESP), Ostematrix, Alfalfa

e.Energizing Soy protein (ESP)

Kebanyakkan ibu hamil/dan berpantang memang digalakkan mengambil ESP kerana ia membantu memberikan tenaga dengan segera untuk ibu yang baru lepas bersalin. Selain itu, ia juga membantu menghilangkan ‘strech mark’ / parut (bersalin czer). ESP juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu badan selepas bersalin (ibu perlu susukan bayi secepat/sekerap mungkin sebaik saja bersalin). Berdasar beberapa testimoni/ pengalaman pengguna, bayi tidak banyak ragam kerana kekenyangan dan susu ibu cukup untuk bayi. Tambahan pula kebanyakkan bayi baru lahir sekarang ini pasti jaundice. Untuk mengurangkan jaundis dengan cepat, ibu perlu menyusukan anak sekerang mungkin.

f.Ostematrix

Ostematrix berfungsi sebagai pembekal kalsium yang penting jika anda menyusukan anak. Tambahan pula kalsium sangat penting bagi setiap manusia kerana ia dapat mengelakkan osteoporosis. Disamping itu ia juga dapat mengelakkan ibu daripada sembelit semasa dalam pantang dan boleh menghilangkan sakit kepala dan kebas-kebas.

g.Alfalfa


Alfalfa dikenali sebagai kacip fatimah kerana ia berfungsi sebagai perapat keintiman dan dapat mengecutkan Rahim dengan pantas. Ia juga dapat mengatasi masalah berbau wanita dibahagian intim. Juga berfungsi sebagai agen detoks kerana ia akan membuang segala toksin/ darah kotor dalam tubuh badan. Ia juga milkbooster bagi ibu menyusukan dan dapat memperbanyakkan susu ibu.
Testimoni Set Bersalin Shaklee







11. Persediaan berpantang
 
Image result for bertungku dan berurut
kelengkapan ibu berpantang
  • Untuk kelancaran proses berpantang, anda perlu menyediakan kelengkapan yang perlu dan mencukupi.
  • Sediakan siapa yang menjadi tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin serta batu tungku, bagi membolehkan anda bertungku nanti.
  • Untuk set bersalin, pilihan yang terbaik adalah, anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan diri anda.

12. Rehat yang mencukupi

 Image result for tidur mengandung

  • Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum melahirkan
  • Makan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi dalam kandungan dan pastikan perut anda terisi sebelum proses kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin.
  • Jika anda kurang selera, jangan paksa makan, tapi makanlah sedikit dengan kerap

13. Gembira dan positif selalu

 Image result for hamil gembira









  • Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat,terangsang, pintar dan cerdas.
  • Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan zuriat yang bakal lahir mesti ditunjukkan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Yang Maha Esa

14. Ingat kepada Allah SWT

solat2Image result for ingat allah
















  • Anda perlu banyak mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati daripada perasaan tidak baik.
  • Perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama hari isnin dan khamis serta melakukan kebajikanan
  • Amalan membaca Alquran sangat baik diamalkan supaya anak yang lahir nanti baik dan soleh.

15. Banyakkan berdoa dan berzikir semasa bersalin

doa-nabi-yunus
Amalkan zikir Nabi Yunus sebaik sahaja sakit kontraksi mula terasa.
  • amalan berzikir dan banyak berdoa amat digalakkan
  • amalan ini bagus kerana ia dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika menghadapi kesakitan melahirkan anak nanti.
  • Antara surah yang baik untuk diamalkan; Surah Al-Fatihah, ayat kursi, surah maryam, surah al-anbiya ayat 87 (doa nabi yunus), ayat 20 surah ‘Abasa, ayat 35 surah Al-Ahqaaf, ayat 46 surah An-Naziat dan Surah An-Nahl: ayat 78-80

16. Peka kepada tanda bersalin

persalinan02
  • ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
  • antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit
f. Kontraksi berlaku semakin kerap
  • Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman.

17. Tahap pertama

Kelahiran bermula:
  • rasa sakit pada bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks
  • rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga bahagian bawah abdomen (rongga perut)
  • keadaan ini berlaku dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali berlakunya kontraksi
  • tanda-tanda, akan keluarnya mukus yang bercampur darah dari faraj
  • ini adalah disebabkan mukus mula memenuhi srviks

18. Tahap kedua

  • serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah
  • Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi kencing anda supaya tidak mengembung kerana boleh menghalang kepala bayi daripada turun
  • semasa proses kelahiran, anda perlu baring pada posisi yang sesuai sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke puncaknya
  • pada ketika ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan bahagian dubur mulai mengembang
  • tugas yang paling kritikal pada tahap kedua ialah untuk mengelak perineum terkoyak

19. Tahap ketiga

a. proses pengeluaran uri dan selaput ketuban
  • uri biasanya cepat lekang, ia akan mengambil masa dua hingga lima minit selepas bayi lahir
  • selepas ia lekang sepenuhnya, doktor akan menggunakan sebelah tangan untuk menolak rahim yang mengecut ke arat pusat, manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar
b. proses menghentikan pendarahan dan menjamin pengecutan serta penarikan rahim dengan sempurna

20. Urutan perineum dan episiotomi

perineal-massage1
  • urutan perineum biasanya urutan yang dipraktikkan oleh wanita hamil di kawasan faraj sebagai persediaan untuk bersalin
  • urutan dilakukan untuk mengurangkan risiko perineum daripada terkoyak ketika kelahiran berlaku
  • episiotomi biasanya dilakukan oleh doktor dengan menggunting sedikit faraj untuk memudahkan laluan bayi
  • tidak semua wanita hamil memerlukan episiotomi kecuali pada kes-kes tertentu seperti kandungan sulung, sebelum prosedur vakum atau forsep dan juga kelahiran songsang yang bersalin normal.


Saya berdoa semoga semua ibu yang hamil yang membaca entri ni, dapat bersalin dengan mudah , selamat dan dapat bayi yang comel dan sihat..
Sentiasa berfikiran positif dan senyum selalu ye. amalkan pemakanan tang seimbang dan makan vitamin supaya anda dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat, terhindar dari sebarang masalah...inshaAllah.

Jika anda ada sebarang masalah kesihatan semasa mengandung, hubungi lah saya untuk berkongsi masalah itu..moga Allah mempermudahkan segalanya. Saya sangat mengesyorkan anda mengamalkan vitamin shaklee semasa hamil dan dalam pantang kerana saya juga pengguna shaklee yang boleh menceritakan pengalaman saya bersama shaklee.

Moga anda dapat melalui proses hamil dan bersalin dengan baik ye.

NAK CUBA PRODUK DARI SHAKLEE YANG DIJAMIN SENTIASA SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN?

HUBUNGI:
Pn.Maslina bt Junid 

sms@whatsapp: 0185724609
EMAIL: mas_sya77@yahoo.com
FB: Maslina Junid
Page: Order Vitamin Online

COD AREA: Manjung, Sitiawan, Lumut
Penghantaran seluruh Malaysia. 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? 
DAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE
ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN 
MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.. 
MODAL SERENDAH RM 79.50. 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN 
UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & 
ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”