BAGAIMANA UNTUK SENTIASA POSITIF APABILA KEHIDUPAN STARTUP BUATKAN ANDA HILANG SEMANGAT
Sentiasa positif. Untuk permulaan, admin ingin sejukan hati anda dengan memberitahu bahawa,
“You are not alone”.
Sejuk tak? Haha
Okay kembali serius. Memang kehidupan startup ataupun menjadi seorang usahawan ini boleh menjadi paling seronok dan kadang kala ia mampu membuatkan kita seperti ingin bunuh diri!
Tapi disebalik kesemua kejadian yang berlaku ini, mahu ataupun tidak. Tiada maruah yang lebih besar untuk diteruskan selain untuk terus pandang hadapan dan lalui kesemua ini sehingga berjaya!
“Ya! Itu semangat yang kita mahukan!”
Post kali ini, admin nak kongsi kepad anda yang membaca ini bagaimana ingin kekal positif ketika anda sedang tidak bersemangat ataupun rasa putus asa :
1. Dunia Ini Tempat Untuk Kita Belajar
Apa yang admin kongsi ini, bukanlah admin mahu mengajar. Tetapi lebih kepada kita bersama-sama memotivasikan diri kita semua.
Kehidupan di dunia ini memang tempat kita belajar sesuatu yang lebih besar. Jika anda rasa hidup anda ditekan-tekan , ditimpa batu yang besar, sentiasa “BARE IN YOUR MIND”, ini adalah pentas untuk kita semua belajar.
Belajar apa? Perkara itu hanya anda sahaja yang tahu.
Ini adalah cara kehidupan berfungsi. Hadapinya dengan kecekalan yang tinggi. Duduk bersama orang yang anda rasa mampu memberi dorongan dan motivasi kepada diri anda.
Kerana disetiap guruh dan hujan lebat yang hadir, ada pelangi yang cantik menanti anda dihadapan.
2. Anda Boleh Tukar Perspektif
Di setiap peristiwa yang berlaku, anda boleh lihat perkara tersebut dengan perspektif yang berbesar. Ia terpulang kepada anda sebenarnya bagaimana anda melihat kehidupan yang terjadi di sekitar anda.
Contohnya, bisnes pertama yang anda buat tidak berjaya..
Jika anda pandang ianya sebagai satu kegagalan, maka gagal la. Tapi jika anda pandang benda itu sebagai satu pembelajaran. Ia akan menjadi pengalaman yang lebih bernilai.
Banyak benda anda boleh belajar darinya. Mungkin dari segi pengurusan, pemasaran atau teknik yang anda lakukan tidak berapa tepat. Disitu keberangkalian anda kekurangan ilmu. Maka perlu belajar dan belajar.
Seterusnya jika anda buat plan tindakan kedua, ia akan lebih berkesan! Selalu ingat bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya.
Senang cakap kan? Memang senang. Tapi itu yang kita semua kena hadam bersama.
3. Bangun Dan Ambil Angin Luar
Jika anda rasa seperti tidak bersemangat, bangun dan keluar dari tempat anda berada. Pejabat atau rumah anda sekarang.
Pergi jogging, panjat gunung, layan air terjun atau bersiar-siar di taman untuk beri masa kepada diri anda sendiri. Kadang kala yang menyebabkan kita terlalu penat adalah..
Kita tidak mempunyai masa untuk diri kita sendiri.
Selain daripada berikan masa untuk diri, apabila kita keluar contohnya pergi panjat gunung. Anda akan lihat alam semula jadi ini banyak perkara yang indah untuk kita lihat.
Disini minda anda akan lebih terbuka dan ia mampu untuk mengubah cara anda berfikir nanti. Alam semula jadi ini mempunyai aura positifnya yang tersendiri. Tidak rugi untuk anda cas kembali diri anda dengan menikmati keindahan alam.
4. Ambil Risiko
Kata orang-orang moden sekarang. YOLO (You Only Live Once).
Kadang kala kita mental kerana terhenti di sesuatu tempat. Seperti ada batu yang menghalang. Kenapa berhenti?
Jangan takut untuk ambil risiko. Buatkan apa yang anda inginkan selama ini menjadi sebuah kenyataan. Kebanyakkan kita berhenti di sesuatu tempat kerana kita takut untuk ambil risiko.
Buang ketakutan untuk menerima cabaran itu ketepi. Selagi mana anda takut. Akhir sekali hanya anda yang kisah mengenai diri anda berbanding orang lain.
Anda kena fikir, walaupun anda telah ambil risiko tetapi ia tidak berjaya. Jangan rasa menyesal. Sekurang kurangnya anda sudah laluinya. Itulah kepuasan yang paling mahal sekali.
Perlu ke berhenti? Jangan. Cuba lagi dan lagi sampai JADI !
5. Jangan Terlalu Keras Dengan Diri Sendiri
Ya, jangan terlalu keras. Anda perlu berhenti seketika dan berikan kredit kepada diri anda sendiri dan mengatakan, “Tahniah, Aku dah pergi sejauh ini!”
Setiap orang adalah unik. Kita semua jalani kehidupan ini dengan jalan yang berbeza. Berbanggalah dengan diri sendiri kerana anda telah laluinya sehingga harini.
Ia mampu meningkatkan motivasi diri anda. Dengan melihat apa yang telah anda buat sebelum ini. Sebenarnya ia adalah sesuatu perkara yang besar walaupun ia tidak mendatangkan keuntungan sekalipun.
Sentiasa ingat, ini adalah perjalanan wajib untuk setiap startup lalui dan semuanya akan menjadi lebih baik dengan masa.
Its always take time bro. Don’t give up!