Tips Khusus Untuk Ibu-ibu Menyusu Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Berpuasa itu Rukun Islam ketiga!
Ramadhan Al Kareem memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bulan ini sangat istimewa kepada umat Islam kerana pelbagai ganjaran pahala boleh kita rebut dan nikmati. Umat Islam akan menjalani ibadat puasa selama sebulan, berterawikh di masjid, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Tapi bagi ibu menyusu pasti berada dalam keadaan dilema. Kenapa perlu ada perasaan tu? Takut susu kurang? Bimbang badan menjadi lemah dan tidak bermaya jika meneruskan penyusuan? Risau tenaga kurang dan melepek sepanjang hari?Ibu menyusu jangan bimbang berduka durja kerana amalan penyusuan susu ibu adalah amalan yang mulia. Berpuasa sememangnya lapar dan dahaga. Belum dengar lagi berita ibu menyusu maut di bulan Ramadhan. Entri kali ini saya ingin berkongsi tips khas untuk ibu menyusu di bulan puasa. Jom kita baca!
Makan 3 kali sehari
Ibu menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa, kita perlu makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh.Makan makanan seimbang
Sewaktu sahur, berbuka dan semasa moreh, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang mengikut saranan piramid makanan
Makan kurma
Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. Kita sangat digalakkan untuk memakan tiga hingaa tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur
Minum air banyak
Jumlah air yang perlu kita ambil setiap hari adalah 3 liter sehari atau lebih. Lebih tepat lagi 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Oleh itu, kita digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Selain air kosong, kita juga boleh ambil jus buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti coklat dan susu segar. Air panas dipercayai dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
Kerap menyusu dan mengepam
Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja dan berpisah sementara dengan bayi, kita perlu mengepam payudara kerana semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak ia dihasilkan. Kebiasaannya susu ibu lebih banyak di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.
Kawalan minda
Sentiasa yakin bahawa kita masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk keperluan anak.
Set Mighty Triple Gem
Ibu menyusu boleh mengamalkan set ini ketika berpuasa di bulan ramadhan. Rasa gusar nak berpuasa sebab takut tak tahan lapar dan takut production susu merudum kan? Jangan Risau. ESP, Mealshake & PD boleh membantu kita. InsyaAllah ibadah puasa kita akan berjalan lancar..
Berpuasa adalah Rukun Islam ketiga dan fardu ke atas setiap muslim. Jadi bukan alasan kita untuk ponteng berpuasa dengan mudah. Cabaran ibu menyusu amatlah mencabar. Walaubagaimanapun ganjaran pahala yang besar Allah berikan kepada ibu yang menyusu ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu menyusu diluar sana. Ingat! Anak kita hanya minum susu ibu dan bukan susu lembu!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maslina Junid
sms/wasap 0185724609
like www.facebook.com/OrderVitaminOnline
source: superbvitamin
No comments:
Post a Comment