Sunday, 23 June 2019

Pemakanan Semasa Berpantang

Pemakanan Semasa Berpantang

Pengenalan
Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :
  • kehilangan darah semasa bersalin
  • pengecutan rahim
  • keseimbangan hormon
  • ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  • kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawatmenyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.
Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.
Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan. Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengamalkan pantang-larang ini. Namun kunci utama iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan sihat perlulah dipatuhi untuk kekal sihat.
Berapa lamakah tempoh berpantang ?
Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :
  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.
Perlukah diet khusus semasa berpantang ?
Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.
Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan “gatal” dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.
Apakah makanan yang perlu diambil semasa tempoh berpantang ?
Adalah penting untuk ibu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang terdiri daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Keperluan pemakanan ibu boleh dirujuk kepada Diet Selepas Bersalin.
Perkara ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu.
Makan vitamin ketika berpantang untuk kesihatan badan yang baik dalam jangka masa panjang.
Vitamin yang baik untuk kita ialah vitamin shaklee..
Kalau nak vitamin shaklee, boleh hubungi saya:
Pn.Maslina Junid
Shaklee Manjung

No comments:

Post a Comment