Friday, 20 December 2019

Kesan Kekurangan Kalsium

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM DAN KESANNYA

 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
  1. Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya
  2. Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
  3. Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
  4. Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
  5. Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
  6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan ototkebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya

    KESAN KEKURANGAN KALSIUM
Ia boleh dibahagikan mengikut tahap umur; dewasa dan kanak-kanak

Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  • Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  • Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  • Cepat marah dan terkejut
  • Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  • Sakit sendi
  • Kadar metabolisma menjadi rendah
  • Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  • Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)  

Kanak-kanak juga boleh kurang kalsium. Adakah anak anda mempunyai simptom-simptom seperti ini?
  • Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  • Sering terkejut dan menangis malam
  • Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  • Terlalu aktif (“hyperaktif”)
  • Kaki bengkok
  • Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  • Tidak tinggi dan badan yang lemah
  • Kerap berpeluh ketika tidur
  • Tidur sering tidak lena (tidak mendapat tidur berkualiti)

APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU
Shaklee mempunyai produk yang dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium. Berbentuk tablet dan ia di panggil Ostimetrik Kalsium.





Anda yang berminat nak cuba tablet Ostimetrik, boleh pm kami. The best consultation akan diberi.


 Pn. Maslina Junid 
♥ SMS | WhatssApp : 0124351304

Friday, 29 November 2019

Pengedar Shaklee Manjung, Sitiawan 0124351304

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, teks

Assalammualaikum,
Good evening everyone 😍
Benda paling wajib buat setiap hari ialah inform dekat korang semua yang kedai online Shaklee Manjung OPEN sentiasa 😊
Urusan pengeposan dan penghantaran (cash on delivery) pun ada pada setiap hari tau. Selalunya kita akan buat pada sebelah petang.
Setiap hari Shaklee Manjung ada ramai customers yang mencari supplements untuk keperluan yang berbeza antaranya,
☑️ Untuk kulit cantik, cerah dan licin
☑️ Untuk turunkan berat badan
☑️ Untuk badan rasa lebih bertenaga sepanjang hari
☑️ Untuk tingkatkan kesuburan dan ikhtiar untuk hamil
☑️ Untuk rasa lebih bertenaga semasa hamil, bantu kurangkan alahan dan sebagai pelengkap nutrisi untuk baby dalam kandungan
☑️ Untuk merawat masalah dalaman wanita selepas berkahwin dan melahirkan anak
☑️ Untuk anak anak yang ada masalah ‘picky eater’ dan kerap sakit (demam, selsema, batuk etc)
☑️ Untuk kesihatan tulang dan sendi
☑️ Untuk tingkatkan tahap kesihatan keseluruhan
So for those yang mencari produk Shaklee tapi tak sure yang mana satu yang sesuai dengan keperluan dan masalah korang, boleh terus whatsapp shaklee manjung okay? InshaaAllah kita akan bantu untuk guide sebaiknya😊
Click terus link kat bawah nih 👇🏻

Thursday, 31 October 2019

ESP Shaklee menyenangkan hati ibu hamil


ESP Shaklee menambat hati ibu hamil


ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil dan memang tidak dapat disangkal lagi. Ini bukan saya cakap kosong tau.  ESP atau nama penuhnya energizing soy protein telah menjadi fenomena kepada ibu hamil. Pendek kata ESP Shaklee ini peneman setia ibu hamil mengharungi cabaran mengandung 9 bulan. Saya sendiri jatuh cinta dengan Shaklee melalui ESP dulu.



Ringkasan mengenai ESP Shaklee


  • ESP Shaklee diperbuat dari kacang soya Non-GMO (tidak diubahsuai genetiknya)
  • Kualiti protein yang tinggi (satu tin ESP 850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya
  • Berikan sumber tenaga berpanjangan
  • Mengandungi kesemua asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
  • Kandungan Glisemik Indek yang rendah, iaitu hanya 39, maka ESP sangat sesuai untuk pesakit kencing manis
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu    rendah lemak
  • ESP tidak mengandungi kolestrol
  • Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa serta pewarna tambahan dan tiruan bahaya.
  • Sangat mudah diserap oleh tubuh  
  • Boleh baca perincian ESP dengan klik Kebaikan ESP Shaklee


Kenapa ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil?


  • Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh ibu selama proses kehamilan.
  • Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim, tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino yang diperlukan adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Selain mengelakkan ibu hamil  cepat letih ia dapat mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • Hanya mengandungi protein unggul itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
  • Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
  • Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
  • Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Rugi tau tak amalkan ESP ketika hamil. Banyak kebaikan esp ini kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.  ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil. Jika ada ibu hamil di luar sana berhasrat mengamalkan ESP, bolehlah dapatkannya dengan cepat dan pantas. Hanya klik gambar di bawah



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

# PN.MASLINA JUNID
# WASAP 0124351304
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

PROMO ESP SHAKLEE

PROMO ESP SHAKLEE

Assalammualaikum semua...
Jom kita tengok gambar promo ESP...
Jika anda nak oder shaklee, dapatkan dr kami dengan cara klik wasap.my/60124351304/nakespshaklee

#shakleemanjung
#shakleesitiawan


Image result for promo esp shaklee
Image result for promo esp shaklee


Image result for promo esp shaklee


Image result for promo esp shaklee



Related image

Image result for promo esp shaklee



Image result for promo esp shaklee

Related image


#TQ kepada yang menyumbang gambar2 yg cantik...anda mmg awesome!






Tuesday, 29 October 2019

AGEN VIVIX SHAKLEE MANJUNG

Saya merupakan Pengedar, Stokis & Agen Vivix Shaklee yang berpengalaman lebih daripada 6 tahun. Saya juga Pengedar, Pengguna & Agen Vivix Shaklee Malaysia yang mempunyai bimbingan & nasihat daripada Doktor serta Pakar Nutrisi. Saya mempunyai Agen Vivix Shaklee di seluruh Malaysia yang sentiasa simpan stok baru & fresh.

Jika anda perlukan Cara Makan Vivix Shaklee yang betul boleh hubungi terus saya Pengedar & Stokis Vivix Shaklee Call/whatsapp Segera :

Pn.Maslina bt Junid

#COD AREA MANJUNG
#POS SELURUH MALAYSIA

#SHAKLEEMANJUNG
#SHAKLEESITIAWAN
#SHAKLEEVIVIX
#SHAKLEEPERAK
#SHAKLEELUMUT

Friday, 13 September 2019

TIPS UNTUK JADI POSITIF

BAGAIMANA UNTUK SENTIASA POSITIF APABILA KEHIDUPAN STARTUP BUATKAN ANDA HILANG SEMANGAT

Sentiasa positif. Untuk permulaan, admin ingin sejukan hati anda dengan memberitahu bahawa,
“You are not alone”.
Sejuk tak? Haha
Okay kembali serius. Memang kehidupan startup ataupun menjadi seorang usahawan ini boleh menjadi paling seronok dan kadang kala ia mampu membuatkan kita seperti ingin bunuh diri!
Tapi disebalik kesemua kejadian yang berlaku ini, mahu ataupun tidak. Tiada maruah yang lebih besar untuk diteruskan selain untuk terus pandang hadapan dan lalui kesemua ini sehingga berjaya!
“Ya! Itu semangat yang kita mahukan!”
Post kali ini, admin nak kongsi kepad anda yang membaca ini bagaimana ingin kekal positif ketika anda sedang tidak bersemangat ataupun rasa putus asa :

1. Dunia Ini Tempat Untuk Kita Belajar

Apa yang admin kongsi ini, bukanlah admin mahu mengajar. Tetapi lebih kepada kita bersama-sama memotivasikan diri kita semua.
Kehidupan di dunia ini memang tempat kita belajar sesuatu yang lebih besar. Jika anda rasa hidup anda ditekan-tekan , ditimpa batu yang besar, sentiasa “BARE IN YOUR MIND”, ini adalah pentas untuk kita semua belajar.
Belajar apa? Perkara itu hanya anda sahaja yang tahu.
Ini adalah cara kehidupan berfungsi. Hadapinya dengan kecekalan yang tinggi. Duduk bersama orang yang anda rasa mampu memberi dorongan dan motivasi kepada diri anda.
Kerana disetiap guruh dan hujan lebat yang hadir, ada pelangi yang cantik menanti anda dihadapan.

2. Anda Boleh Tukar Perspektif

Di setiap peristiwa yang berlaku, anda boleh lihat perkara tersebut dengan perspektif yang berbesar. Ia terpulang kepada anda sebenarnya bagaimana anda melihat kehidupan yang terjadi di sekitar anda.
Contohnya, bisnes pertama yang anda buat tidak berjaya..
Jika anda pandang ianya sebagai satu kegagalan, maka gagal la. Tapi jika anda pandang benda itu sebagai satu pembelajaran. Ia akan menjadi pengalaman yang lebih bernilai.
Banyak benda anda boleh belajar darinya. Mungkin dari segi pengurusan, pemasaran atau teknik yang anda lakukan tidak berapa tepat. Disitu keberangkalian anda kekurangan ilmu. Maka perlu belajar dan belajar.
Seterusnya jika anda buat plan tindakan kedua, ia akan lebih berkesan! Selalu ingat bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya.
Senang cakap kan? Memang senang. Tapi itu yang kita semua kena hadam bersama.

3. Bangun Dan Ambil Angin Luar

Jika anda rasa seperti tidak bersemangat, bangun dan keluar dari tempat anda berada. Pejabat atau rumah anda sekarang.
Pergi jogging, panjat gunung, layan air terjun atau bersiar-siar di taman untuk beri masa kepada diri anda sendiri. Kadang kala yang menyebabkan kita terlalu penat adalah..
Kita tidak mempunyai masa untuk diri kita sendiri.
Selain daripada berikan masa untuk diri, apabila kita keluar contohnya pergi panjat gunung. Anda akan lihat alam semula jadi ini banyak perkara yang indah untuk kita lihat.
Disini minda anda akan lebih terbuka dan ia mampu untuk mengubah cara anda berfikir nanti. Alam semula jadi ini mempunyai aura positifnya yang tersendiri. Tidak rugi untuk anda cas kembali diri anda dengan menikmati keindahan alam.

4. Ambil Risiko

Kata orang-orang moden sekarang. YOLO (You Only Live Once).
Kadang kala kita mental kerana terhenti di sesuatu tempat. Seperti ada batu yang menghalang. Kenapa berhenti?
Jangan takut untuk ambil risiko. Buatkan apa yang anda inginkan selama ini menjadi sebuah kenyataan. Kebanyakkan kita berhenti di sesuatu tempat kerana kita takut untuk ambil risiko.
Buang ketakutan untuk menerima cabaran itu ketepi. Selagi mana anda takut. Akhir sekali hanya anda yang kisah mengenai diri anda berbanding orang lain.
Anda kena fikir, walaupun anda telah ambil risiko tetapi ia tidak berjaya. Jangan rasa menyesal. Sekurang kurangnya anda sudah laluinya. Itulah kepuasan yang paling mahal sekali.
Perlu ke berhenti? Jangan. Cuba lagi dan lagi sampai JADI !
5. Jangan Terlalu Keras Dengan Diri Sendiri
Ya, jangan terlalu keras. Anda perlu berhenti seketika dan berikan kredit kepada diri anda sendiri dan mengatakan, “Tahniah, Aku dah pergi sejauh ini!”
Setiap orang adalah unik. Kita semua jalani kehidupan ini dengan jalan yang berbeza. Berbanggalah dengan diri sendiri kerana anda telah laluinya sehingga harini.
Ia mampu meningkatkan motivasi diri anda. Dengan melihat apa yang telah anda buat sebelum ini. Sebenarnya ia adalah sesuatu perkara yang besar walaupun ia tidak mendatangkan keuntungan sekalipun.
Sentiasa ingat, ini adalah perjalanan wajib untuk setiap startup lalui dan semuanya akan menjadi lebih baik dengan masa.
Its always take time bro. Don’t give up!

CARA TAMBAH ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

BISNES

5 CARA MENINGKATKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

Ramai usahawan yang mula menggunakan platform media sosial untuk menjual produk dan servis mereka. Tapi, ramai yang tak menjaga kualiti content yang di-post.
Ramai yang sekadar membuta-tuli dan asal boleh je bila membuat posting di media sosial. Nak dapatkan followers bukan mudah, tapi ada caranya yang boleh dilakukan untuk meningkatkan engagement anda dengan audiens di media sosial. Teruskan membaca untuk ketahui:

5 Cara Meningkatkan Engagement Di Media Sosial

1. Kemaskini Selalu 

Bukan perlu post setiap minit, setiap jam atau setiap hari, tapi jangan lah sampai satu bulan tak buat apa-apa posting. Kalau post setiap jam, nanti audiens anda rasa bosan pula, kan?
Seelok-eloknya post 3-4 posting di media sosial anda dalam seminggu. Anda juga kena belajar menghasilkan content yang bermanfaat dan bagus untuk menarik perhatian pelanggan anda.

2. Kaitkan Dengan Isu Semasa

Cuba anda buat posting yang berkait dengan isu semasa ketika itu. Kaitkan dengan isu yang viral dan trending. Mesti pelanggan anda merasakan lebih dekat dengan anda dan boleh “engage” dengan content di media sosial anda.

3. Stand Out!

Jangan tunggu pelanggan untuk datang kepada anda. Bukan anda seorang sahaja yang menjual sesuatu produk atau servis tersebut. Ingat, followers anda mungkin mengikut ramai lagi page-page yang menjual produk atau servis yang seakan-akan sama dengan apa yang anda lakukan.
Jadi, anda perlu stand out from the rest of competitors untuk menunjukkan yang produk dan servis anda menonjol. Darft untuk susun  jadual posting anda di media sosial supaya lebih teratur.

4. Kenal Pasti Pelanggan Anda

Ya, kenal pasti pelanggan yang anda punyai sekarang ini. Dari negeri mana dia berada, umur pelanggan anda dari berapa ke berapa dan pelanggan yang berpotensi akan menjadi pelanggan tetap anda.
Kenal pasti juga waktu bila pelanggan anda akan melawat media sosial anda. Masuk dalam jiwa pelanggan anda dan study cara pelanggan anda berfikir.

5. Interaksi Dengan Pelanggan Anda

Bila bercakap tentang interaksi, bukan sahaja bermaksud anda membuat posting di media sosial dan habis cerita. Tak. Bukan macam tu. Interaksi dengan pelanggan adalah membalas komen dan DM mereka.
Selepas itu cari cara untuk menghargai pelanggan anda sama ada membuat giveaway ataupun potongan harga bagi produk dan servis anda.
Ingat ya, engagement di media sosial sangat penting untuk memajukan bisnes anda. Jangan ambil remeh dengan perkara ini kerana dari media sosial lah ramai potential customer yang anda boleh dapat.
Ingat ya, kemaskini akaun media sosial anda, kemudian buat content yang anda boleh kait dengan isu semasa. Pastikan akaun media sosial anda stand out dari pesaing anda yang lain. Kenal pasti siapa pelanggan anda dan jangan lupa untuk berinteraksi dengan mereka. Selamat maju jaya!

CARA TAMBAH INCOME


10 CARA MUDAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENJANA PENDAPATAN DI UNIVERSITI

menjana-pendapatan-di-universitipng
Kehidupan sebagai pelajar universiti amatlah berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekolah. Ini kerana, kita sedang mengalami fasa peralihan persekitaran.
Keperluan dan kehendak semakin memuncak, namun kekangan hidup sebagai pelajar menyebabkan
ada yang terpaksa menolak kesemua kehendak ini ke tepi dahulu malah ada yang sehingga
melupakan cita-cita dalam pelajaran kerana terpaksa dan tidak mampu. 
Bukan kerana sikap boros, tetapi kadangkala keperluan melebihi kemampuan kita pada sesuatu masa. Ada masa, wang saku yang dari ibu bapa mungkin tidak mencukupi dan kita pun segan nak meminta.
Wang pinjaman PTPN atau biasiswa pula awal-awal lagi sudah lari bajet. Jika dikira dengan yuran pengajian,
duit buku, kos sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya, mungkin baki wang yang tinggal
hanya cukup-cukup makan.
Sampai bila kita mahu ikat perut sehingga menjejaskan prestasi di universiti? Jadi, salah satu cara
untuk menambah pendapatan adalah dengan membuat bisnes! Tetapi, kenapa bisnes? Kenapa bukan
kerja ‘part-time’? Apa bisnes yang sesuai untuk pelajar universiti? Bagaimana dan apa faedahnya?

Bisnes vs Kerja Part-Time

BisnesPart-Time
 Fleksibel, modal mengikut kemampuan dan kelapangan masa andaPerlukan komitmen masa dan kos tambahan seperti pengangkutan
Boleh multi-tasking sambil bisnesPerlu fokus dan ada kala amatlah meletihkan
Risiko kemalangan rendah, cuma persekitaran/berdekatan universitiRisiko kemalangan ketika ‘travel’ dan di tempat kerja


Kebaikan membuat bisnes di universiti :

  • Menambah ‘side-income’ dan menampung kehidupan di universiti
  • Menambah kenalan baru dan ‘create networking’
  • Menambahbaik skill ‘time management’ dan kemahiran berkomunikasi
  • Pelbagai pendedahan (luar bidang) dan pengalaman berkualiti
  • Insentif dari universiti dan kerajaan bagi pelajar yang mengusahakan bisnes

Apa contoh bisnes yg seorang pelajar universiti boleh usahakan?

1)Perkhidmatan

Tidak perlu modal berasingan, sekadar guna apa yang kita sudah miliki

a) Servis Printing

Modal one-shot anda cuma printer dan modal ulangan untuk ink cartridge dan kertas. Anda boleh usahakan servis mencetak nota, past-year question, slide mahupun mencetak assignment. Anda boleh juga kenalkan servis mencetak sekali delivery, pasti lebih efisien bagi pelajar.
Jangan lupa untuk promote bisnes anda di sekitar kolej kediaman mahupun laman sosial universiti jika ada.
Jika anda mahu, boleh sediakan khidmat mencetak hingga lewat malam mahupun 24 jam
kerana pelajar amat gemar habiskan tugasan last-minute! (oops sorry :p)

b) Kereta Sewa/Khidmat Penghantaran

Anda boleh sewakan kereta/motosikal anda kepada yang memerlukan pada kadar yang berpatutan. Wang yang anda dapat, boleh lah tamping kos ansuran bulanan, kos penyelenggaraan mahupun simpanan.
Jika anda jenis sayangkan kereta, boleh usahakan khidmat penghantaran ke mall, stesen bas,
keretapi mahupun airport pada harga lebih murah dari teksi. Anda boleh dapat regular customer,
mana tahu jodoh pun lekat!

c) Servis/Repair PC

Sudah menjadi lumrah pelajar akan menghadapi masalah remeh berkaitan computer, apatah lagi yang
tidak tahu apa apa. Jika anda mahir dalam bidang computer, jadikan ini sebagai side income anda!
Anda pasti familiar dengan khidmat servis/repair pc di sekitar kampus bukan? Tawarkan harga menarik,
jika mampu selitkan sekali servis delivery!

d) Fotografi/Designer/Emcee

Di universiti, pasti meriah dengan aktiviti penganjuran pelajar dan universiti bukan? Gunakan kesempatan
ini untuk mengisi poket anda. Tawarkan perkhidmatan fotografi, edit banner dan poster,
ataupun jika anda seorang yg havoc, tawarkan diri menjadi emcee. Mana tahu, ada rezeki untuk
kembangkan bakat dan jadi famous?

e) Tutor/Tuisyen

Jika anda mahir dalam subjek dan mendapat keputusan cemerlang, kenapa tidak jadikan ia sebagai income?
Anda boleh sediakan khidmat tutor atau tuisyen kepada pelajar sekolah mahupun rakan universiti.
Sambil mengajar, anda juga mendapat peluang untuk mantapkan skill komunikasi dan berkongsi teknik belajar yang berkesan. Never do something you’re good at for free okay? :p

f) Skim Khidmat Pelajar

Anda juga boleh mendaftar bagi skim khidmat pelajar dan bertugas dalam apa apa acara universiti. Anda bukan sahaja mampu mendapatkan elaun, malah makanan, pakaian serta barangan berkaitan turut disertakan!
Anda juga berpeluang mendapat sijil/surat penghargaan dari unversiti sebagai ‘selling point’
dan memperoleh ilmu dan pengalaman berharga.

2) Jualan/Online Trade

Jual beli yang memerlukan perhatian dan komitmen anda.
a) Makanan/Air/Snek
Jika anda sanggup usaha lebih, anda boleh menjual snek atau ‘jajan’ di sekitar kolej, bilik kuliah mahupun di
aktiviti-aktiviti anjuran persatuan/kelab pelajar! Ada yang sekadar letak di tangga dan ada bekas
untuk masukkan duit, ada yang menyewa tapak booth atas tiket persatuan pelajar. Apa pun, pastikan ianya
tidak memudaratkan kesihatan pelajar!
b) Kraftangan/Seni
Jika anda memiliki bakat seni, jadikan ia sebagai income anda! Kebanyakan aktiviti anjuran pelajar memerlukan souvenir/doorgift yang lawa dan berpatutan! Jangan pandang pada untung, tetapi kuantiti dahulu. Ada rezeki, mungkin khidmat anda diperlukan oleh seluruh persatuan di kampus? Takut anda yang tak menang tangan pula hehe
c) Online Dropship
Mungkin anda sedar sekarang sudah menjadi trend untuk menjadi pengedar dropship. Cuba lah, anda bukan saja mampu mendapat income malahan manfaat dari dealer anda juga! Kebanyakan pelajar kekurangan masa untuk keluar dan mencari barang yang tranding, jadi ambil kesempatan ini. Approach them first, make a sale and earn!
d) Topup
Mustahil pelajar universiti tidak mempunyai handphone. Jual lah topup terutamanya di koperasi mahupun di kolej kediaman. Mesti laku, terutamanya pelajar yang segan/tak berkesempatan untuk keluar ataupun yang urgent kerana sedang mengendalikan aktiviti.

Kesimpulan

Haaa, kami dah kongsikan 10 cara bisnes mudah untuk pelajar universiti. Banyak lagi peluang menjana pendapatan, terpulang kepada anda. Be creative, be productive dan jangan malu. Sentiasa cari pengalaman, dan anda akan lebih memahami dunia bisnes dengan lebih mudah dan praktikal.
Mana tahu dari sekadar mencari income, menjadi minat dan kerjaya? Boleh sediakan peluang pekerjaan pula untuk anak-anak muda. Apa pun, sentiasa jadikan pelajaran sebagai keutamaan dan jangan terlalu asyik mengejar income sehingga mengabaikan akademik! Goodluck!
P/s : mulai 1 Januari 2017, anda boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma di bawah program Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM! Untuk mengetahui lebih lanjut syarat dan cara mendaftar, sila layari web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau klik link ini : Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017