Friday, 18 August 2017

Bahaya Beli Shaklee Dari E commerce

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalammualaikum

Sebagai pengedar Sah Shaklee yang aktif, Kak Yong selalu dapat mesej dari orang2 di luar sana yang bertanya tentang cara makan produk Shaklee. Majoriti daripada mereka sudah membeli produk Shaklee dari pengedar lain , tapi, yang peliknya tak tahu cara nak makan.Hairan kan...

So, soalan kak Yong:
 " Sis beli dari siapa? Kenapa pengedar yang jual vitamin tak beri panduan pemakanan vitamin ke?Sepatutnya, pengedar tu wajib kena bagitahu cara nak makan vitamin dengan betul, supaya hasilnya optimum"

Jawapan dari customer:
" Oic, sebenarnya saya beli dari web Lazat.da je kak sebab saya tengok harganya lebih murah”

Ate, itulah, memang dah agak dah, ni mesti beli  laman e-Commerce.

Lepas tu, mesti ramai yang tak tau, apakah laman e-commerce ni?? Mesti soalannya begini: "Eh, e-Commerce tu apa akak?Saya tak tau pun apa dia"

Ok, kat sini, Kak Yong nak bagi tahu, E-Commerce ini ialah laman-laman untuk shopping secara online. Contoh laman e-Commerce yang popular adalah seperti Lazat.da, Jalan 11, Mu*ah.My (bukan nama sebenar) dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Sememangnya ramai yang suka sangat shopping dari e-commerce ni. Tapi, kami pengedar shaklee ni, nak  nasihatkan sangat, supaya anda jangan beli produk Shaklee dari laman e-Commerce lagi ye.


Ini kerana,  kami , pengedar2 aktif  shaklee tak mahu bertanggungjawab untuk menjawab sebarang masalah, termasuklah cara makan vitamin shaklee sekiranya anda beli produk Shaklee dari laman-laman tersebut. Harap semua pengguna faham ye.

Soalan: Tak Boleh Ke Kami Nak Membeli Shaklee Dari Laman e-Commerce?

 

Jawapannya, Tak boleh sama sekali. Ini kerana, pembelian tersebut, sebenarnya menggalakkan pengedar Shaklee menjual produk dengan cara tak jujur.

Sebelum ini, sudah banyak kali pengguna diingatkan, terutama jenis yang suka membeli dengan harga murah, bahawa kami tak tahu kenapa produk Shaklee yang di jual di laman e-Commerce jauh lebih rendah. Secara realitinya, pihak syarikat mewajibkan para pengedar menjual dengan harga Retail Price..

Kalau nak tahu, sebenarnya, pengedar shaklee tidak dibenarkan  menjual vitamin Shaklee di laman e-Commerce ni. Ini kerana, ia menyalahi Shaklee Code of Conduct. Jika ini diketahui oleh pihak shaklee, keahlian pengedar itu akan ditamatkan tanpa kompromi. 

Oleh itu, ikutlah nasihat kami sebagai pengedar shaklee yang sah... Kami tak mahu anda mendapat produk Shaklee yang dah rosak, hampir expired, dan paling kesian kalau anda tak dapat konsultasi yang betul. Naya betul, kesian anda yang teraniaya.


Sila Baca >>>>Notis Rasmi Jaminan Ketulenan Produk Shaklee

 

Jadi, mari kami kongsikan kepada anda, notis rasmi dari Shaklee Products (M)


Sejak akhir-akhir ini kami banyak terima pertanyaan tentang ketulenan produk Shaklee yang dijual dan dibeli dari laman e-Commerce. Dengan ini, kami ingin jelaskan bahawa:
  1. Shaklee tidak pernah melantik atau mengiktiraf mana-mana peniaga online, selain dari Shaklee Products (M) yang menjual produk Shaklee di www.shaklee2u.com.my.
  2. Shaklee Products (M) tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakkan, keraguan dan tamat tempoh dengan produk Shaklee yang dibeli dari laman e-Commerce.
  3. Mana-mana pihak (pengedar Shaklee atau lain-lain) yang menjual produk Shaklee di laman e-Commerce adalah tidak diiktiraf oleh Shaklee Products (M) Sdn. Bhd.
  4. Sesiapa yang membeli produk Shaklee dari laman e-Commerce tidak akan mendapat Jaminan Shaklee (Shaklee Guarantee).
Dengan ini, kami menyeru semua customer agar sentiasa buat pembelian produk Shaklee secara terus daripada pengedar Shaklee (Shaklee Independent Distributor), ataupun, daftar keahlian Shaklee dan buat pembelian produk Shaklee secara terus dari laman rasmi Shaklee Products (M).
Jika terdapat sebarang keraguan tentang ketulenan produk Shaklee yang dibeli, sila e-mail kepada customerinquiry@shaklee.com untuk penerangan lanjut. Sila sertakan bersama info lengkap penjual e-Commerce tersebut dan bukti pembelian. Segala pertanyaan dan aduan akan dirahsiakan.

Pesanan buat anda pengguna shaklee yang disayangi

>>>>Belilah Produk Shaklee Dari Pengedar Shaklee Yang Sah

Dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak syarikat shaklee sendiri, maka, ingin dinyatakan di sini, bahawa janganlah membeli shaklee dari laman e-commerce lagi ye....
Pastikan anda membeli produk Shaklee dengan 2 cara di bawah:

1. Beli produk Shaklee dari pengedar Shaklee aktif yang sah.

2. Mendaftar jadi ahli Shaklee, dan beli terus dari laman shaklee online ataupun branch Shaklee.

Selain daripada 2 cara di atas ini, berhati-hatilah dengan pembelian vitamin  Shaklee anda.

Syarikat Shaklee Products (M) dan juga kami pengedar Shaklee tidak akan bertanggungjawab untuk menjamin ketulenan produk, memberi panduan makan, mahupun menanggung sebarang kerosakan produk sekiranya anda membeli shaklee dari e-commerce. So, yang lepas tu biarlah lepas ye.

Oleh itu,jadilah pengguna yang bijak.
Teruskan menjaga kesihatan dengan produk Shaklee

Sebarang pertanyaan dan pembelian tentang produk Shaklee, sila hubungi:

Pn.  Maslina Bt Junid
Pengedar Aktif Shaklee
(ID: 1066878).
WhatsApp Order atau Daftar Ahli Shaklee ke 0124351304


*source: TQ genkimomma

No comments:

Post a Comment