Tuesday, 12 April 2016

35 pantang bagi mereka yang baru berbisnes

Assalammualaikum semua..

Saya nak share sikit, 35 'JANGAN' yang boleh kita buat panduan jika nak mula bisnes atau baru mulakan bisnes. Saya dapat ni daripada wall seorang sahabat di facebook. Apa yang baik jom kita sama-sama amalkan.
1-Jangan mula dengan tender kerajaan.
2-Jangan terus buka kedai. 
3-Jangan terus ambil franchais.
4-Jangan buat pinjaman.
5-Jangan mula tanpa platform kewangan peribadi.
6-Jangan main terjah, rancang sedikit.
7-Jangan mula tanpa guru. Guru boleh ramai.
8-Jangan mula tanpa mentor. Mentor pilih satu saja.
9-Jangan fikir mahu duit cepat, fikir apakah kerja yang betul dalam bisnes, nanti duit datang.
10-Jangan fikir mahu kaya cepat, bisnes ini bukan skim cepat kaya.
11-Jangan fikir bisnes ini adalah betul kecuali selepas 3 tahun masih bertahan.
12-Jangan fikir mahu untung dalam tempoh 3 tahun, fikir bertahan dahulu. Survive.
13-Jangan bermusuh. Tingkatkan networking.
14-Jangan buang masa. Rancang dan bertindak. Salah, betulkan. Salah, betulkan.
15-Jangan rasa down lama sangat. Minum kopi dengan mentor untuk selesaikan masalah.
16-Jangan kedekut ilmu, ilmu sikit pun kongsi.
17-Jangan lupa sadaqah. Ilmu pun kira sadaqah.
18-Jangan belajar taktik saja. Belajar strategi bisnes.
19-Jangan komplen dan negatif.
20-Jangan lupa belajar pasal marketing. Pasar. Belajar kenal pasar.
21-Jangan lupa bina nilai bisnes. Baru kita dalam blue ocean.
22-Jangan rompak duit bisnes.
23-Jangan lupa ambil gaji. Walaupun hutang mesti rekod.
24-Jangan lupa jaga akaun bisnes betul-betul.
25-Jangan lupa jaga dokumen elok-elok. Semua mesti ada rekod.
26-Jangan lupa SOP bisnes.
27-Jangan ambil staff kerana kita sudah tidak menang tangan buat kerja.
28-Jangan lupa ambil staff supaya mereka mencipta gaji mereka.
29-Jangan kongsi masalah bisnes dengan orang makan gaji.
30-Jangan lupa kongsi masalah bisnes dengan orang yang lebih berpengalamn bisnes.
31-Jangan lupa belajar bagaimana mahu kembangkan duit kecil supaya jadi modal bisnes besar.
32-Jangan lupa belajar cara urus duit.
33-Jangan lupa ikat perut dan jimat. Pendiri bisnes perlu jimat.
34-Jangan lupa kawan masa susah.
35-Jangan lupa menangis depan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki.
Nak join bisnes Shaklee??
Hubungi:
0124351304 (Pn. Maslina)
whatsapp 0185724609

No comments:

Post a Comment