Tuesday, 18 June 2019

Shaklee Manjung: Asid folic B complex penting untuk ibu hamil

Sayangku,

ASID FOLIC tu bukan ubat hamil na. Ramai yang salah anggap ASID FOLIC tu adalah ubat untuk hamil.

Bila tak hamil, salahkan ASID FOLIC. “Saya dah makan tak jadi apa pun ☹️”

aduhaiiii ramai cakap macam ni ☝️Harus diingat ASID FOLIC bukan ubat ajaib untuk hamil ya 😊

ASID FOLID (folate) adalah vitamin semulajadi yang korang boleh dapat dalam makanan lain juga tau. Tak perlu ambil dalam bentuk pil pun takpe. (Sila google makanan yang tinggi asid folic ni k)

Kenapa penting untuk consume ASID FOLIC sebelum hamil?

ASID FOLIC ni ada vitamin yang boleh membina sel baru dalam tubuh. Ia juga penting untuk membina dan membaiki DNA baru. Sebab tu ia amat diperlukan oleh baby dalam rahim untuk membina sel-sel baru.

Dah kalau korang kurang ASID FOLIC, kesihatan baby pun boleh terjejas dan boleh berlaku keguguran.

Jadi, persediaan untuk hamil WAJIB ambil ASID FOLIC, dah hamil pun kena ambil jugak tau untuk mengurangkan kecacatan janin.

Untuk persediaan nak hamil ni, 3 bulan sebelum hamil dah digalakkan untuk consume dah.

Ingat ya, ASID FOLIC bukan ubat. Jangan salahkan dia kalau makan still tak pregnant. Then nak stop tak tentu pasal sebab cakap tak menjadi. Nak tak nak WAJIB ambik ASID FOLIC 😊😊

Kalau puan2 plan nak hamil....mesti makan B complex shaklee sekurangnye 3 bln sblm hamil tau..

Nak shaklee??

Hubungi saya
Maslina
Call/wsp : 0124351304
No id shaklee: 1066878


Shaklee Manjung Sitiawan Lumut Lekir

Monday, 17 June 2019

Pengedar Shaklee Manjung dan Sitiawan

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Maslina Junid
~ Shaklee ID: 1066878
~ sms|whatsapp: 0124351304
~ Emel: mas_sya77@yahoo.com

Shaklee Manjung: Khasiat Omegaguard shaklee


Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....

Tak kenal maka tak cinta! Tapi orang kampung saya kata bila dah kenal jadi mcm ni, "I love you, not from the bottom of my heart, but from the core of my soul". Hahaha. Bukan saya sahaja, tapi suami dan anak-anak saya memang sudah tangkap cintan dengan Omega Guard Shaklee ini. Belum habis lagi dah standby sebotol yang baru. Pergh! Apa yang bagus sangat Omega Shaklee ini? Jom kita baca!


omega guard shaklee minyak ikan terbaik

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3




Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia



Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Nak Shaklee???
Meh call saya : 0124351304
Pn.maslina 

Shaklee Manjung

Khasiat Vivix Shaklee

Kenapa Mesti Makan Vivix?

10 Kebaikan VIVIX

1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

VIVIX bantu Sembuhkan Penyakit Serius

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya:
  • Diabetes / Kencing manis
  • Strok
  • Katarak dan masalah mata
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Masalah saraf
  • Kayap
  • Batuk berpanjangan
  • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang (lutut dan pinggang)
  • Resdung
  • Bengkak jantung
  • Letih (memberi tenaga)
  • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut dan kusam)
  • Rambut kembali hitam (uban)
  • Rambut gugur
  • Kolestrol tinggi
  • Masalah selera makan
  • Asma
  • Sembelit di kalangan warga emas
  • Angin dalam badan
  • Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
  • Lemah imun tahan daya badan – lambat sembuh
  • Perokok
  • Masalah kelenjar tiroid
  • Kanser dan tumor
  • Cyst
  • Penyakit SLE
  • Kudis
  • Gout
  • Alzheimer atau nyanyuk
  • Metabolisme badan rendah
  • Masalah berat badan
  • Awet muda
  • Fibroid
  • Alergik
  • Tibi
  • Wanita berpantang
  • Breast lump
  • Kerap ulser mulut
  • Keputihan
Nak try Vivix?
Hubungi saya..
Free postage

Maslinajunid
Sid no 1066878

Shaklee Manjung

Luka Bersalin Sembuh dgn Zinc Shaklee

Puan B telah hubungi saya beberapa minggu lalu dengan masalah episiotomi beliau masih sakit. Saya syorkan beliau mengambil Zinc Complex atau set berpantang. Saya juga pernah berkongsi keperluan semasa berpantang untuk tatapan anda.


Zinc Complex Salah Satu Produk Penting Ibu Berpantang
Zinc Complex Salah Satu Produk Penting Ibu Berpantang

Zinc Complex berperanan
  • Membantu penyembuhan dalaman dan luaran
  • Membantu metabolisme b-complex
  • Mengawal keguguran rambut
Semalam, saya sangat gembira apabila dihubungi Kak B. Beliau menyuarakan rasa gembira kerana telah sembuh dan tiada lagi rasa sakit menghantui dirinya. Anda boleh baca perkongsian Kak B dibawah


Testimoni Zinc Membantu Pemulihan Luka Bersalin
Testimoni Zinc Membantu Pemulihan Luka Bersalin


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Maslinajunid
SID 1066878
No tel: 0124351304
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Manjung

Pengedar SHAKLEE Seri Manjung

Pengedar Shaklee-Vivix Yang Aktif Dan Komited | Seri Manjung Perak


  
Hubungi Saya :

H/P : 0124351304 (Klik untuk terus ke inbox whatsapp)
ID : 1066878
Facebook : Maslina Junid Flp
Email : mas_sya77@yahoo.com



Sunday, 12 May 2019

TIPS BERPUASA KETIKA HAMIL

Berpuasa ketika hamil – Amalkan tip mudah ini

Bulan Ramadhan 1440H sudah masuk ke 8 hari. Pasti ramai antara kita yang berasa teruja dengan kehadiran bulan yang mulia ini.
Tetapi, pada masa yang sama, mungkin juga ada di kalangan para ibu mengandung yang berasa sedikit risau tentang kesihatan badan dan bayi mereka.
Jika anda sedang berpuasa, di sini ada beberapa tip untuk para ibu yang berpuasa ketika hamil. Cuba tip ini dan lihat bagaimana ia membantu memberikan anda tenaga sepanjang bulan Ramadhan!

1.    Kurma dan susu

Ini merupakan satu tip penting untuk para ibu yang berpuasa ketika hamil. Sememangnya kita tahu bahawa kurma merupakan satu makanan yang sihat. Malah, ia juga adalah sunnah Nabi.
berpuasa ketika mengandung, berpuasa ketika hamil
Source: Daahsha.blogspot.my
Untuk bulan Ramadhan yang akan datang ini, cuba lakukan tip yang telah dikongsikan oleh seorang ibu di FB. Pada waktu malam, sebelum masuk tidur, ambil 3 biji kurma. Buang kulitnya dan racit-racit sedikit kurma itu menjadi kepingan kecil. Kemudian, rendam dalam air masak.
Apabila anda bangun sahur keesokkan paginya, tapis dan kisar kurma tersebut bersama dengan secawan susu segar. Minum dan niat supaya diberikan tenaga berpanjangan pada hari berpuasa!

2.    Ambil makanan seimbang

Selain daripada makanan sunnah di atas, anda juga perlu memastikan hidangan di dalam pinggan anda lengkap dari segi nutrisi. Sebagai panduan, lihat saranan makanan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa pada bulan Ramadhan yang akan datang ini.
  • Karbohidrat kompleks seperti roti dan nasi
  • Makanan berasaskan protein seperti daging, ayam, ikan atau kekacang seperti lentil dan kacang pis
  • Sayuran atau ulam-ulaman
Sebagai tip tambahan, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Pada bulan puasa, kita semua memang suka makan kuih tradisional seperti kuih limas, ondeh-ondeh dan pelbagai lagi, tiada masalah. Cuma, kurangkannya!
Ini adalah kerana, pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam badan kita bertambah secara mendadak. Ia juga mudah untuk turun semula. Proses ini hanya akan menyebabkan anda mudah pening dan mengantuk.

3.    Perbanyakkan Minum Air Kosong

berpuasa ketika mengandung, berpuasa ketika hamil
Source: Livestrong.com
Minum air kosong yang banyak adalah penting buat orang yang berpuasa dan menjadi lebih penting buat ibu yang mengandung. Selepas masuk waktu berbuka puasa, anda perlu memperbanyakkan minum air kosong.
Sama juga ketika bersahur. Jangan lupa untuk mendapatkan bekalan air kosong untuk badan anda. Ia memastikan anda kekal hidrasi di siang hari.

Apa yang Patut Anda Elakkan Apabila Berpuasa Ketika Hamil?

Selain daripada cadangan hidangan yang boleh anda cuba ketika berpuasa nanti, ada juga beberapa perkara yang perlu anda elakkan. Antaranya adalah:
  • Kurangkan pengambilan kopi dan teh kerana minuman ini mengandungi kafein.
  • Kurangkan pengambilan makanan berempah dan pedas kerana ia mungkin menyebabkan pedih perut.
  • Kurangkan makanan berminyak dan berlemak untuk mengelakkan sakit pedih ulu hati dan bertambah berat badan.

Adakah Berpuasa Ketika Hamil Akan Menyebabkan Bayi Kecil dan Kurang Nutrisi?

Tidak. Menurut kajian yang telah dilakukan setakat ini tentang kesan berpuasa kepada ibu mengandung dan bayi, sebenarnya aktiviti berpuasa, secara am, tidak meninggalkan banyak kesan negatif kepada bayi dan ibu. Antara laporan kajian yang pernah dibuat adalah:
  • Bayi para ibu yang berpuasa tidak mempunyai banyak bezanya dengan bayi para ibu yang tidak berpuasa.
  • Perbezaan dalam berat bayi apabila dibandingkan antara bayi ibu berpuasa dan tidak berpuasa adalah tidak ketara.
  • Kajian mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berpuasa adalah lebih kurus dan kecil, tetapi perbezaannya juga adalah tidak ketara.
Jadi, anda tidak perlu risau. Jika doktor telah mengesahkan yang ianya adalah selamat untuk anda berpuasa ketika hamil, maka anda boleh melakukan ibadah berpuasa tanpa ragu-ragu.

Isyarat Berbahaya Yang Menandakan Anda Perlu Pemeriksaan Doktor Atau Berhenti Berpuasa

Tetapi, jika anda mengesan beberapa perkara yang terjadi ketika anda berpuasa, maka segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.
  • Anda berasa pening-pening dan lemah badan yang serius
  • Anda pengsan
  • Sakit pedih ulu hati yang teruk
  • Jika anda berada di trimester yang pertama, berat badan anda tidak bertambah secara mencukupi
  • Air kencing menjadi pekat dan kuat baunya
  • Anda berasa loya dan muntah-muntah dengan teruk

Bagaimana Pula Dengan Ibu yang Mengandung Anak Kembar?

Bagi para ibu yang sedang mengandung anak kembar dan bercadang untuk berpuasa pada bulan Ramadan yang akan datang ini, mereka juga perlu berbincang dengan doktor masing-masing. 
Para doktor akan melihat sejarah kehamilan yang lalu dan keadaan kehamilan sekarang bagi menentukan sama ada seseorang ibu yang mengandung itu, anak seorang atau kembar, mampu untuk berpuasa selama sebulan.
Menurut Dr. Zubaidi, ada beberapa keadaan ibu mengandung yang tidak disarankan untuk berpuasa:
  • Ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi yang tidak terkawal
  • Ibu hamil yang mempunyai risiko kelahiran pramatang
  • Masalah diabetes mellitus
  • Berpenyakit buah pinggang dan hati
  • Berpenyakit asma
  • Kehamilan kembar

Perlukah Menggantikan Puasa, Membayar Fidyah atau Kedua-Duanya?

Ada banyak pendapat ulama tentang hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh ibu hamil atau ibu yang sedang menyusukan anak.
Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung kepada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan hendaklah qadha sahaja jika kedua-duanya bimbang terhadap diri sendiri sahaja. Sebaliknya jika juga dibimbangi terhadap anak dan dirinya maka hendaklah diqadha dan membayar fidyah.”
Jadi, kesimpulannya:
  • Jika ibu risau akan kesihatan dirinya sahaja – Boleh berbuka puasa tetapi wajib menggantikan puasa dan tidak perlu membayar fidyah.
  • Jika ibu sihat dan cuma risaukan keadaan bayi dalam rahim – Boleh berbuka puasa dan wajib menggantikan puasa serta membayar fidyah.
Jadi, jika anda sedang mengandung dan bercadang untuk berpuasa, maka silakan. Cuba tip untuk para ibu yang berpuasa ketika mengandung yang kami kongsikan di atas ini.
Cumanya, jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan kebahagiaan dengan kehadiran bulan yang mulia ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan melalui whatsapp .

JIKA PUAN-PUAN NAK VITAMIN SHAKLEE , BOLEHLAH HUBUNGI NO DI BAWAH YE.

PN.MASLINA JUNID
NO. HP:0124351304
whatsapp.my/0124351304/setshakleehamil