Bekalan supplement untuk jemaah Haji dan Umrah
Musim haji sudah tiba untuk tahun
2016. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang merupakan insan terpilih
dengan menjadi tetamu Allah.Saya sentiasa berdoa supaya dapat menjadi
tetamunya pada usia yang masih muda dan mampu membawa diri sendiri.
Amin..
Saya ingin berkongsi beberapa
supplement Shaklee yang sesuai untuk dibekalkan kepada kedua ibu-bapa
kita mahupun anda sendiri jika masih mencari-cari supplement yang Insya
Allah dapat membantu dalam kelancaran perlaksanaan ibadah Haji serta
umrah anda dengan izin-Nya. Bagi anak-anak, semoga pemberian anda untuk
ibu bapa anda ini akan diberikan ganjaran oleh-Nya kerana memudahkan ibu
bapa anda.
Memandangkan iklim di tanah suci Mekah
serta Madinah adalah berbeza dengan bumi Malaysia,maka perubahan suhu
serta cuaca yang sangat ketara pada siang hari dan malam sangat
memberikan impak yang besar kepada tubuh badan kita.Bayangkan selama 40
hari melalui suhu 40 darjah di siang hari dan 20 darjah di waktu malam.
Bagi mereka yang mempunyai tahap
antibodi serta imunisasi badan yang rendah, mudah untuk mengalami demam
serta selesama. Tambahan pula badan juga mudah kehilangan air yang
membawa kepada badan letih.Selain itu, perjalanan ibadah memerlukan kita
sentiasa bergerak ke sana sini dan kesihatan lutut serta sendi adalah perkara yang utama.
Ini adalah rupa product Shaklee yang menepati penerangan saya di atas.
Nutriferon : Immune Booster
yang membantu mengekalkan imunisasi badan. Merupakan product yang
dipatenkan di bawah Shaklee. Nutriferon mudah dibawa ketika travel
kerana ianya di dalam bentuk sachet kecil.**
Performance Drink : Minuman
isotonic bagi mengekalkan hidrasi badan supaya badan tidak kehilangan
air secara melampau. Pengekalan bendalir di dalam badan juga
mengurangkan pengeluaran peluh berlebihan.**
Joint Health Tablet : Product untuk kesihatan sendi terutama mereka yang sering sakit lutut serta mengalami kesakitan ketika berjalan.**
OsteMatrix : Pengambilan
calcium sebelum tidur akan membantu tidur yang berkualiti serta gabungan
dengan Joint Health Tablet untuk kesihatan tulang**
Testimoni Pengguna : Nutriferon membantu kesihatan diri semasa dan selepas ibadah Haji**
Saya telah bekalkan makcik saya yang mengerjakan haji dengan Performance Drink serta Nutriferon
pada musim haji tahun lepas. Kebiasaannya saya hanya bekalkan
Performance Drink tetapi makcik saya demam seminggu sebelum
penerbangannya. Oleh itu saya tambahkan dengan Nutriferon bagi membantu
melegakan demamnya.Sekembalinya daripada ibadah Haji, alhamdulillah makcik saya tidak demam dan badan tetap segar.
Berbeza dengan makcik saya yang lain yang mengerjakan umrah selama 2 minggu. Saya hanya bekalkan dengan Performance Drink. Sekembalinya daripada umrah, beliau mula batuk serta demam yang teruk hampir 2 minggu.Perubahan cuaca semasa di Tanah Suci Mekah memberikan kesan kepada kesihatannya setelah pulang ke Malaysia.
Terkejut juga saya dengan perbezaan ini kerana ibadah haji lebih lama daripada ibadah umrah.Sememangnya pengambilan Nutriferon bukan sahaja membantu ketika berada di Tanah Suci Mekah malah memberikan impak ketika di bumi Malaysiaselepas itu.
Disclaimer : Testimoni adalah berdasarkan pengalaman pengguna semata-mata dan kesan bagi setiap individu adalah berbeza.
Bagi anda yang berminat, boleh
dapatkan daripada mychibibox. Yang pastinya anda perlu dapatkan
konsultasi daripada pengedar Shaklee yang sah.
** These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent
any disease.
source: mychibibox.com